Saturday, December 22, 2012

Alhamdulilah :D



23 December 2012 - Assalamualaikum dan selamat tengah hari! Apa khabar korang? Hehe. So, tahun ni aku antara salah seorang calon PMR 2012. Yeap, result dah keluar hari Rabu lepas, 19 December but I don't have time to update blog and tell you everything. What can I say except Alhamdulilah :')

Masa 19 December tu, bangun tidur first tu masih relax lagi. Hati masih tenang. Tapi otak je ligat fikir tentang result. Kebetulan malam tu aku mimpi pasal result. Fulamak, dalam mimpi tu dapat result yang agak teruk. Dalam mimpi aku, aku dapat result 3A je. Dan kembar yang mempunyai otak teramat genius dalam kelas aku dapat 5A je. What theeee?! Eh permainan mimpi, nasib baik. Pagi tu, Mak aku cakap dia mimpi aku dapat 7A1B. Hm, mungkin kot sebab masa check paper Geografi haritu aku dalam 43 per 60 je confirm lah B kan? Aku tenangkan je diri aku ni.

Masa pergi sekolah, mak bapa aku pulak ajak pergi awal. Perh! Kawan aku sorang pun belum sampai. Aku sampai kat sekolah dalam pul 9:40 macam tu. Result kan keluar pukul 10. Lepasty teringat pulak result dapat check secara sms. Aku terus taip benda yang diperlukan, dan aku akan terus tekan SEND tepat pukul 10. Itulah rancangan aku sebab dapat tahu, result keluar pukul 10 pun, tak semestinya dapat tahu pukul 10 juga sebab cikgu masih atur. 

Dalam pukul 9:55 macamtu aku keluar dari kereta dan ditemani oleh bonda tersayang. Masa tu baru ada rasa debaran. Dan...........tepat pukul 10. Aku terus sent sms tu tadi tapi memang ambil masa yang agak lama tunggu reply. Takpe, demi result. Cikgu Fresilia dah excited bagitau result kawan aku, Nizrul dan Fatin. Dorang dapat 8A. Dorang memang antara pelajar yang cemerlang lah kat sekolah aku. So, memang jangkaan orang dorang dapat result gempak. Dan yang paling tak bestnya, cikgu Fresilia panggil aku Norazira *kawan sekelas aku* HAAHAHAHA. Part tu lawak. Dia cakap "Norazira, awak dapat 8A" Dan reaksi aku 0.0 *bila masa nama aku bertukar ni* dan aku balas "Cikgu, saya bukan NORAZIRA LAH! HANIS NI!" Haha. Cikgu pelik -.- lepastu cikgu check atas, dia bagitau "Hanis, awak dapat 7A1B" And I'm just like 0.0v wowww! Tak expect langsung dapat result macamtu!! Sebab dalam otak fikir, "Maths aku agak teruk. Science aku agak lemah. Geografi pulak confirm B" ALHAMDULILAH! Result yang lebih daripada jangkaan aku. Alhamdulilah Ya Allah. Respon mak aku? "Kan betul apa yang Mak mimpi?' Hehe. Dan kitorang curious nak tahu apa B aku. Dan......................yes B aku tu Geografi. Dan aku taklah kecewa sangat *maybe kecewa sikit* tak dapat 8A sebab aku memang dah tahu Geografi aku B. Sorry Cikgu Ko :3 hehe.

 Alhamdulilah, alhamdulilah dan alhamdulilah. Walaupun tak dapat memenuhi impian straight A's dalam PMR, I'm still satisfied with my result. Yes, I'm so grateful, thanks to Allah sebab bagi rezeki dapat result cemerlang. To be honest, langsung tak expect dapat result macam ni sebab fikir Maths dan Science tak dapat A. Maybe sebab berkat doa keluarga, guru dan kawan-kawan. Oh yes! A massive thank you to all my family, teachers and awesome friends sebab dah beri dorongan dan tunjuk ajar. And congratulation to all batch 1997. Especially to my lovely classmates, budak kelas 3G, banyak dapat result gempak. Alhamdulilah. Harap cikgu Fresilia dan cikgu Ibrahim bangga *dan cikgu matapelajaran lain* hehe. Please don't give up for those yang kecewa dengan result PMR, SPM masih ada, so don't worry. Once again, congratulation :D 

No comments:

Post a Comment

 
Template by Ekinn Zhareef