Tuesday, October 30, 2012

Rindu :'(



"The love of my life is the love between friends." 

31 Oktober 2012 - Assalamualaikum dan hello.  Aku taip post ni masa tengah hari so, selamat tengah hari semua :) Post kali ni aku nak bagitau rasa rinduuuuuuuuuuuuuuuu aku dekat budak kelas 3G. Lama sangat dah tak jumpa diorang semua. Rindu semakin bertambah setiap hari, setiap jam, setiap saat! Kalau ingatkan diorang dan cikgu-cikgu, mesti mata aku ni mulalah nak sibuk 'berpeluh'. Langsung tak cool -.-

KEPADA SEMUA BUDAK KELAS 3G,

Aku rindu korang...sangat sangat sangat dan sesangat! Bila lagi kita nak jadi macam dulu? Macam masa kita masih belajar dalam kelas dulu. Rindu masa kita tengah belajar, masa awal pagi, masa PJ. Dipendekkan, masa cuti ni, kalau aku takde buat apa2, tengah mengelamun tu mesti ingat korang je. Lepastu, mata ni 'berpeluh' lagi. Sengsara la aku kalau macamni. Hihi :'3

Ingat tak masa awal pagi, kalau kerja rumah tak siap, sibuk lah nak pinjam buku dengan kawan lain, lebih-lebih lagi buku kawan yang pandai. Sorry Doreen ~.~ hihi. Masa Ennike suruh kita kemas kelas awal-awal pagi. Kadang-kadang, kalau cikgu2 takde mood, awal-awal pagi dah kena marah. Haha. Semua diam lepastu, tapi ada yang buat kerja rumah senyap-senyap kan? haha. 

Ingat tak masa tengah belajar, especially masa cikgu Maths dan Geografi, kenapa nak meng'oje' cara cikgu Maths cakap, hah budak lelaki 3G? Nakal sangatla korang. Tapi cikgu Maths tak sedar sedar yang korang ni ikut cara dia cakap. Ingat tak masa kalau baju cikgu Maths guna tu agak pendek, kalau dia tulis kat papan hitam yang tinggi tu, baju dia terangkat. Hahaha. Siapa yang 'bertuah' tu silalah faham ;) Masa cikgu Geografi pula tu, cikgu Ko ke kita yang memulakan aktiviti 'memangkak' ni? Pandai cikgu Ko nak buat kita kalah dan terdiam. Haha. Rindu dengan cikgu Ko, rindu nak kacau pasal baby ;P Masa dalam lab Science kalau ada experiment tu memang best. Paling BEST masa kita buat experiment dengan apa ke nama benda tu, yang bola besi tu, kalau kita pegang ada kena elektrik sikit tu. Aku benci benda tu, cikgu cakap tak sakit, tapi bila turn aku nak try, terus kena elektrik. Secara spontan la pembaris panjang kat tepi aku, aku ambil terus pukul cikgu Kamarul. Minta ampun dan maaf okay cikgu? Tak sengaja. Kuasa elektrik tu buat saya bertindak agresif. Haha. Lepastu masa English, masa yang kadang2 buat kita pokai sebab nak bayar denda cakap bahasa lain. Siapa juara dalam berhutang ni? Ntah la :P sendiri tau la. Masa kelas English, Mdm Vivian memang AWESOME sangat sangat. One of my favourite teacher kot. Masa dia bawa kita belajar bawah pokok tu memang sesi pembelajaran yang paling best la. Masa Sejarah, hmm, susah la nak bagitau sebab keliru nak bagitau masa yang mana satu. Cikgu asyik bertukar ganti. Masa cikgu Laili, kadang2 cikgu kecil hati dengan sikap kita kan kan? Kita selalu buat dia sedih, marah tapi kadang2 dia gembira dengan sikap kita yang cool ni kan kan kan? haha. Masa cikgu Frank ajar Sejarah, kesian kat dia sebab kita lambat nak faham apa yang dia ajar. Sebab kita sibuk nak 'oje' dia. Memang tak patut! Especially budak2 lelaki tu, zero fighter je korang tu. Haha. Betulkah? Hahahaha :P Masa cikgu Norazita ajar pula, agak okayla. Kadang2 je cikgu tu marah sebab tak serius masa belajar. Minta maaf ye cikgu? :') Masa kelas Agama Islam ni, Ustaz Isa memang baik giler. Paling rindu masa dia start adakan 'konsert' masa belajar. Masa tu tolong pekakkan telinga anda. Haha. Masa Ustaz Isa cerita pasal lembu dia bernama Minah tu. Lepastu, masa kita belajar KH, kenapa kita selalu tak siap kerja yang papa pooh kita bagi? Masa belajar KH kat dalam bengkel, banyak yang tidur kat belakang. Eleh, untungla duduk dekat tempat belakang sekali. Aku tahu kadang2 papa pooh kecil hati sebab dia rasa kita tak ambil serius tentang KH, tapi aku tahu, dia tetap sayang kita semua. Sebab dia lah satu-satunya papa pooh kita ^.^ Masa kelas BM pula, dengan cikgu Fresilia, ikut mood cikgu la suasana dalam kelas. Kalau mood cikgu okay, kita semua pun okay. Kalau mood cikgu tak baik, pandai2 la kita nak komunikasi dengan cikgu supaya dia tak cepat naik angin. Tapi masa cikgu marahkan kita, kita kena faham, dia marah sebab dia nak tegurkan kita, dia tegur sebab sayangkan kita :')

Ingat tak masa rehat. Kalau loceng pertama bunyi, dalam kelas ada yang kongsi makanan lagi. Ada yang bergaduh manja. Budak2 lelaki pula yang ada tugas buang sampah akan jerit, "SAMPAH 1, SAMPAH 2" Haaha. Rinduu :3 Ada yang teropong crush masing masing. Best la korang ada crush dekat dekat. Crush aku blok dia dilindung oleh pokok gergasi. Tak suka! 

Ingat lagi tak masa dulu Mdm Vivian bagi hukuman rotan tu? Best kan kena rotan? Haha. Masa kalau cikgu2 tengok kita tak bersemangat, kita buat senaman sekejap kat dalam kelas. Masa cikgu Maths hitung markah tak siap kerja rumah sebab nak bagi 'hadiah'. Masa cikgu Fresilia nak check fail atau kerja rumah, semua startla nak mengelabah *bagi yang tak siap. Kenangan pahit kena marah, kena hukum, kalau ingatkan lagi, aku mesti ketawa dan senyum seorang diri. Haha. Lucu :'D

Nanti kita keluar ramai2 boleh tak? Kita aturkan masa la. Kita ajak Cikgu Fresilia dan papa pooh kita sekali join. Kita mestila ada kenangan baru yang nak diingat lagi kan? Aku sangat merindui diri kamu semua. Ceh, ingga. Haha. Hanis the bagus sayang kamu budak kelas 3G sangat sangat. Kalau ingat korang, dupdapdupdap rasa dihati ini. Loveee 


It's the times we're so crazy, that people think we're high. It's the times we laugh so hard, we can't help but cry. It's all the inside jokes and "remember whens". Those are all the reasons that we're best friends!

No comments:

Post a Comment

 
Template by Ekinn Zhareef