Friday, October 5, 2012

Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)



5 Oktober 2012 - Hey semua dan assalamualaikum. Tahun ni aku kan 15 tahun. Jadi, tahun ni la aku akan menduduki exam yang pentinggg dalam hidup selepas UPSR. Semestinya, Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Just a few days lagi sebelum aku dan kawan kawan aku nak pergi 'berperang'. Kitorang dah ready ke belum? Dah habis study? Dah buat semua preparation? Kalau tanya soalan tu dekat aku, erm..aku belum habis study lagi. Tengah berkejar dengan masa nak study la ni :(

Sekarang ni busy buat latihan dari negeri-negeri yang lain. Sempat juga aku meng-update-kan blog malam ni kan?  Blalalala ~ janji aku study depan laptop. Hihi ^.^ Soalan dari negeri-negeri lain ada yang agak susah. Memang sakit kepala hotak ni cari jawapan. Kenapa tak buat awal awal?! Hsh, last minute belajar ni. TOLONG JANGAN BUAT OKAY?

Harini kitorang Form 3 ambil slip untuk exam nanti. Baru hari ni aku rasa debaran nak PMR. Sebelum ni, bawa bertenang je. Kononnya tak nak buat diri sendiri gelabah. Tapi sekarang? Fulamak! Masa kat sekolah tadi, budak budak kelas 3G semua pakai baju pink kitorang yang AWESOME sangat tu. Tolonglah jealous *kidding. Ni ada kena mengena ke? *keluartajuk .-.

Lepas ambil slip, kitorang dah boleh buat hal sendiri. Aku dan kawan lain decide nak minta maaf dekat cikgu cikgu. Kitorang sedar, kitorang banyak buat diorang marah, kecil hati *usap air mata. Kitorang minta maaf sangat-sangat ye cikgu? Tolong halalkan ilmu kami, doakan kejayaan kami nanti ye? Jasa semua cikgu kitorang takkan lupa. Kitorang taknak ilmu tak berkat. Nanti masa jawab kertas exam, hati rasa bersalah tak minta maaf. So, kita ambil langkah awal minta maaf. Cikgu Ko, hihi :P

Kitorang satu kelas pun minta maaf antara satu sama lain. Cikgu Fresilia ada pesan "Minta maaf dengan semua cikgu, kawan kawan". Kitorang buat apa yang cikgu nasihatkan. Salam tangan. Perempuan sama perempuan tu HUG! Hihi ~ Maziah dan Husna antara yang awal mengalirkan air mata. Pilu hatikuuuuu! Aku tak kan? *EGO. 

Nasihat aku, hmm, perlu yakin dengan diri sendiri. Tapi jangat over confident. Apa yang pentinggggg?!! YOU MUST BELIEVE IN YOURSELF THAT YOU CAN DO IT. Jangan cepat putus asa. Memang tak BAGUS! USAHA DOA DAN TAWAKAL YE! :D


KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3, GOOD LUCK DALAM PMR NANTI. TRY YOUR BEST! JANGAN STRESS SANGAT. DAN OF COURSE BUDAK KELAS 3G BUAH HATIKU SEMUA, NANTI KITA SEMUA TRY TO ACHIEVE GOOD RESULT YANG DAPAT MEMBANGGAKAN SEMUA CIKGU KITA KAN KAWAN KAWAN? 8A MEMANG TAK SENANG, TAPI TAK MUSTAHIL KAN? ;)

Kali ni semua ada. Sayang semua 

No comments:

Post a Comment

 
Template by Ekinn Zhareef