Wednesday, October 17, 2012

How I Met My...



17 Oktober 2012 - Assalamualaikum dan hello semuaaa! So, hari yang aku tunggu-tunggu dah tiba. Hari aku dan budak 3G berpisah. It just SO NOT COOL! Aku tak sukaaaa. Seriously kitorang cuti awal?! Harini last day?! Aku fikir esok! Sumpah tak sukaa sebab aku akan nangis. :'(

Dulu masa nak cuti form 1 dan form 2 bukan main semangat nak keluar dari kelas. Tapi sekarang? Rasa nak putarkan masa semuala. Kenapa aku tak rela nak berpisah dengan dorang? Kenapa hati ni rindu sangat kalau tak jumpa dengan dorang? Kenapa jatuh sayang dekat each one of them walaupun ada sesetengah yang sangat menyakitkan hati aku ni? Okay, aku nak cerita sikit, macam mana kenal dorang. Pengalaman kitorang satu kelas bersama dalam masa tiga tahun ni. 2010-2012 :')

Hm, kalau nak cerita dari 2010 hingga sekarang, memang tak tidur lah aku malam ni. So, aku pendekkan cerita jelah malam ni okay? Walaupun pendek, ikhlas dari hati semua ni :)

Masa 2010 dulu, aku rasa kitorang memang tak tegur sangat pun satu kelas. Memang awkward gila masa form 1 dulu. Mungkin sebab belum sesuaikan diri dengan suasana kelas yang baru kot. Dengan cikgu cikgu pun, hmm, tak berapa sangat macam sekarang ni. Hihi~ Masa form 1 juga, banyak yang pindah. So, ada yang aku memang tak kenal langsung, rupa wajah dorang pun masih blur blur lagi, dan sampai sekarang nama pun ingat ingat lupa. Hihi. Sorry, saya tak sengaja, kalau dapat, sebelum korang pindah, saya catat nama each one of you guys tau? Hmm ^.^

Masa form 2, tak ubah macam situasi form 1 kot. Ada lah sedikit peningkatan dalam bab hubungan kawan ni. Tapi kenapa aku tak ingat apa apa kenangan kita masa form 1 atau form 2 dulu? Hah, KENAPA?! Aku try nak ingat. Scan otak aku ni. Tapi, tak ingat juga. Betapa pilunya hatiku sebab tak ingat memori masa tu. Sedih :'(

Masa form 3. Hah! Mulalah permulaan yang baru. Kitorang dah suka kacau satu sama lain. Rahsia pun ada la share share juga. Hihi. Perangai kitorang?  Dah matang ke? Haha. Makin makin budak lelaki. Walaupun budak laki kelas aku tinggal tujuh orang je, tapi perangai yang suka menyakat tu, mak ai, aduh duh duh. Nak tahu nama dorang? K, fine. Saiful, Harry, Jackson, Fowler, Nizrul, Haziq dannnnn Naim, orang lelaki yang last sekali join kelas kitorang. Pindah masuk kelas 3G awal tahun ni tadi. Orang first yang bersinar sinar mata dan dupdapdupdap getaran di jantung tengok Naim masuk, Siti :D HAHAHA! Jangan marah ye cinta hati ku. Bak kata Bat, mata Siti keluar bentuk LOVE tu.  Naim ambil masa nak 'sebati' dengan kitorang, sekejap je. Tak ambil masa yang lama pun nak berkawan rapat. Sebab? Kitaorang  memang orang yang cepat mesra *kenyit mata* hihi. 

Budak lelaki yang suka sangat kacau budak budak lain dalam kelas 3G, mestilah, tidak diragui lagi, JACKSON! Siapa lagi kalau bukan dia. Budak yang 'kononnya' selalu sangat luka kat kaki sebab nak pakai selipar ke sekolah. Eh kejap, Jackson ni banyak secret admire juga tau? Tapi, eeee, suka menyakitkan hati jiwa dan raga budak perempuan 3G. Sehari tak kacau orang tak sah. Dia paling sukaaa kacau Maziah dan Dedek *angkat kening tinggi tinggi* Ada apa apa ke? Haha. FYI, semua budak laki kelas aku tu hotcetuf. Pleasela, jangan jealous okay? Tapi, jangan pula korang perasan lepas baca ni. Aku sebagai kawan yang THE BAGUS, mestila sentiasa memuji kawan aku kan? Takpe, orang cakap korang tak handsome, dihati aku dan budak perempuan 3G yang lain, korang tetap orang yang encem dan HOT kalau pakai baju kelas pink tu *ehem ehem* 

Budak perempuan 3G? Hm, mestila semua lebih AWESOME dari yang laki kan? Sebab kitorang banyak lagi. Hihi. Aku tak lah rapat dengan semua, but at least, I tried to know them better. Maybe next year kalau sama kelas lagi, dan dorang tak pindah, aku akan try nak mengukuhkan ikatan persahabatan ini lagi okay? Tolonglah jangan tinggalkan Hanis Izyan disini sendiri sorang diri. Dan, kalau tak sama kelas pun, rehat sama boleh tak? Hihi. Aku merajuk dengan the twins! Siapa lagi kalau bukan Kakak dan Adek, a.k.a. Cinta dan Abadi Hanis :') Kenapa nak tinggalkan Hanis?! Tak nak hug saya lagi ke? Siapa nak hug saya kalau korang pindah, luluh hati ini. Tahu tak, tahun depan terpaksa lah cari pasangan kembar lain nak hug ni. Lepaskan kerinduan yang tersemat di dalam dada iniiiiiiii ~ Form 3 ni, aku dah rapat dengan budak perempuan yang lain juga. Semestinya Vivian, Eva dan Siti. Oh yeah dorang cool gilerrrr! Kenapala tak rapat dari awal lagi? Hihi.

Hubungan dengan cikgu cikgu yang terhormat? Okay je. Kitorang suka kacau cikgu Ko dan cikgu Go. Betul ke ejaan? Saya minta maaf sangat kalau tersalah eja nama cikgu berdua. Aku tahu cikgu Ko memang sakit hati dengar cerita aku dalam kelas. Sorry cikgu. Saja nak mengembirakan hati cikgu tu dan nak suruh cikgu senyum sikit :) Hehe. Guru kelas, Cikgu Fresilia dan Cikgu Ibrahim, kitorang sayang sangat sangat sangat sangat dekat cikgu berdua. Terima kasih sebab dah jaga kami baik baik, especially, cikgu Fresilia, tiga tahun cikgu sabar layan karenah kami, cikgu buang masa cikgu, marahkan kami, cikgu bahagikan sayang cikgu untuk kami juga. Saya wakil kawan kelas 3G, nak bagitau, kitorang sayang dengan semuaaaa cikgu. Nanti, kalau result keluar, kitorang dapat result cemerlang *hopefully* tu je hadiah terbaik kitorang dapat bagi cikgu. Nanti cikgu tak ajar kami lagi, jangan lupakan kami ye cikgu. Kami sentiasa ingat macam mana suasana dalam kelas masa cikgu ajar, betapa riuhnya kami kalau cikgu-cikgu dalam mood gembira. Betapa senyapnya kami kalau cikgu dah marah sangat. Hihi. Ingat lagi masa first time belajar kat luar kelas bawah pokok masa kelas English Mdm Vivian. Memang having a lot of fun masa tu. Memories :')

Kepada budak kelas 3G, berat hati nak balik sekolah hari ni tadi *tahan air mata* Dahlah tak dapat jumpa cik adik Livia. Dia busy jadi atlet. Takpe, esok boleh jumpa tak? Hihi. Aku baru nak beli barang untuk korang, tapi aku baru dapat tahu harini last day kita sama. So, terbantut hajat tu. Aku harap sangat kita dalam kelas harini. Sebab aku nak ingat balik memori kita semua. Aku akan rindu korang semua. Rindu suasana dalam kelas. Masa Hari Sukan, masa kalau ada budak kelas 3G yang ambil bahagian, tak kisahlah, tak sama rumah sukan, tetap sokong satu sama lain. Masa Hari Guru berebut minum air sebab air selalu tak banyak orang bekal. Masa waktu rehat bila Maziah dan Bat sibuk tengok buah hati dorang dan masa kitorang lepak dekat depan kantin. Masa budak laki yang tersangat lah kreatif buat permainan yang aneh, tapi masih mengekalkan tahap cool. Masa berebut siapa yang nak baca newspaper dulu, perempuan tengok bahagian artis, lelaki? Biasalah, BOLA! Masa kita buat fashion show baju dari barang kitar semula. Masa kita menjerit menang kelas bersih. Masa waktu PJ main permainan kanak2. Masa gaduh gaduh manja dengan cikgu-cikgu. Masa dalam lab Science, bengkel KH. Haha. Dipendekkan cerita, every single second kita spent time together, aku kan ingat! Hmm, memori semua tu aku takkan pernah lupa. Aku sayang korang. SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT! Kalau ada jodoh, bagi yang pindah tu, kita jumpa lagi okay? Aku dah ada no.phone korang, kalau rindu boleh aku call atau sms ke untuk melepaskan rindu yang terpendam? Hihi. Aku sentiasa doakan korang. Semoga kita semua dapat result cemerlang PMR nanti okay? Nanti kita keluar jalan sama sama. Tahun depan, macam mana nak cari classmates yang sumpah cool dan hebat macam korang semua ni? Jangan lupakan aku okay sayangku semua. Kalau persahabatan yang kita jalin ni ikhlas, jauh mana pun kita berpisah, kita takkan pernah lupakan satu sama lain. Janji tau *pinky promise* Cintaku cintaku padamu, semakin besar tak seperti dulu 


No comments:

Post a Comment

 
Template by Ekinn Zhareef