Tuesday, October 30, 2012

Rindu :'(



"The love of my life is the love between friends." 

31 Oktober 2012 - Assalamualaikum dan hello.  Aku taip post ni masa tengah hari so, selamat tengah hari semua :) Post kali ni aku nak bagitau rasa rinduuuuuuuuuuuuuuuu aku dekat budak kelas 3G. Lama sangat dah tak jumpa diorang semua. Rindu semakin bertambah setiap hari, setiap jam, setiap saat! Kalau ingatkan diorang dan cikgu-cikgu, mesti mata aku ni mulalah nak sibuk 'berpeluh'. Langsung tak cool -.-

KEPADA SEMUA BUDAK KELAS 3G,

Aku rindu korang...sangat sangat sangat dan sesangat! Bila lagi kita nak jadi macam dulu? Macam masa kita masih belajar dalam kelas dulu. Rindu masa kita tengah belajar, masa awal pagi, masa PJ. Dipendekkan, masa cuti ni, kalau aku takde buat apa2, tengah mengelamun tu mesti ingat korang je. Lepastu, mata ni 'berpeluh' lagi. Sengsara la aku kalau macamni. Hihi :'3

Ingat tak masa awal pagi, kalau kerja rumah tak siap, sibuk lah nak pinjam buku dengan kawan lain, lebih-lebih lagi buku kawan yang pandai. Sorry Doreen ~.~ hihi. Masa Ennike suruh kita kemas kelas awal-awal pagi. Kadang-kadang, kalau cikgu2 takde mood, awal-awal pagi dah kena marah. Haha. Semua diam lepastu, tapi ada yang buat kerja rumah senyap-senyap kan? haha. 

Ingat tak masa tengah belajar, especially masa cikgu Maths dan Geografi, kenapa nak meng'oje' cara cikgu Maths cakap, hah budak lelaki 3G? Nakal sangatla korang. Tapi cikgu Maths tak sedar sedar yang korang ni ikut cara dia cakap. Ingat tak masa kalau baju cikgu Maths guna tu agak pendek, kalau dia tulis kat papan hitam yang tinggi tu, baju dia terangkat. Hahaha. Siapa yang 'bertuah' tu silalah faham ;) Masa cikgu Geografi pula tu, cikgu Ko ke kita yang memulakan aktiviti 'memangkak' ni? Pandai cikgu Ko nak buat kita kalah dan terdiam. Haha. Rindu dengan cikgu Ko, rindu nak kacau pasal baby ;P Masa dalam lab Science kalau ada experiment tu memang best. Paling BEST masa kita buat experiment dengan apa ke nama benda tu, yang bola besi tu, kalau kita pegang ada kena elektrik sikit tu. Aku benci benda tu, cikgu cakap tak sakit, tapi bila turn aku nak try, terus kena elektrik. Secara spontan la pembaris panjang kat tepi aku, aku ambil terus pukul cikgu Kamarul. Minta ampun dan maaf okay cikgu? Tak sengaja. Kuasa elektrik tu buat saya bertindak agresif. Haha. Lepastu masa English, masa yang kadang2 buat kita pokai sebab nak bayar denda cakap bahasa lain. Siapa juara dalam berhutang ni? Ntah la :P sendiri tau la. Masa kelas English, Mdm Vivian memang AWESOME sangat sangat. One of my favourite teacher kot. Masa dia bawa kita belajar bawah pokok tu memang sesi pembelajaran yang paling best la. Masa Sejarah, hmm, susah la nak bagitau sebab keliru nak bagitau masa yang mana satu. Cikgu asyik bertukar ganti. Masa cikgu Laili, kadang2 cikgu kecil hati dengan sikap kita kan kan? Kita selalu buat dia sedih, marah tapi kadang2 dia gembira dengan sikap kita yang cool ni kan kan kan? haha. Masa cikgu Frank ajar Sejarah, kesian kat dia sebab kita lambat nak faham apa yang dia ajar. Sebab kita sibuk nak 'oje' dia. Memang tak patut! Especially budak2 lelaki tu, zero fighter je korang tu. Haha. Betulkah? Hahahaha :P Masa cikgu Norazita ajar pula, agak okayla. Kadang2 je cikgu tu marah sebab tak serius masa belajar. Minta maaf ye cikgu? :') Masa kelas Agama Islam ni, Ustaz Isa memang baik giler. Paling rindu masa dia start adakan 'konsert' masa belajar. Masa tu tolong pekakkan telinga anda. Haha. Masa Ustaz Isa cerita pasal lembu dia bernama Minah tu. Lepastu, masa kita belajar KH, kenapa kita selalu tak siap kerja yang papa pooh kita bagi? Masa belajar KH kat dalam bengkel, banyak yang tidur kat belakang. Eleh, untungla duduk dekat tempat belakang sekali. Aku tahu kadang2 papa pooh kecil hati sebab dia rasa kita tak ambil serius tentang KH, tapi aku tahu, dia tetap sayang kita semua. Sebab dia lah satu-satunya papa pooh kita ^.^ Masa kelas BM pula, dengan cikgu Fresilia, ikut mood cikgu la suasana dalam kelas. Kalau mood cikgu okay, kita semua pun okay. Kalau mood cikgu tak baik, pandai2 la kita nak komunikasi dengan cikgu supaya dia tak cepat naik angin. Tapi masa cikgu marahkan kita, kita kena faham, dia marah sebab dia nak tegurkan kita, dia tegur sebab sayangkan kita :')

Ingat tak masa rehat. Kalau loceng pertama bunyi, dalam kelas ada yang kongsi makanan lagi. Ada yang bergaduh manja. Budak2 lelaki pula yang ada tugas buang sampah akan jerit, "SAMPAH 1, SAMPAH 2" Haaha. Rinduu :3 Ada yang teropong crush masing masing. Best la korang ada crush dekat dekat. Crush aku blok dia dilindung oleh pokok gergasi. Tak suka! 

Ingat lagi tak masa dulu Mdm Vivian bagi hukuman rotan tu? Best kan kena rotan? Haha. Masa kalau cikgu2 tengok kita tak bersemangat, kita buat senaman sekejap kat dalam kelas. Masa cikgu Maths hitung markah tak siap kerja rumah sebab nak bagi 'hadiah'. Masa cikgu Fresilia nak check fail atau kerja rumah, semua startla nak mengelabah *bagi yang tak siap. Kenangan pahit kena marah, kena hukum, kalau ingatkan lagi, aku mesti ketawa dan senyum seorang diri. Haha. Lucu :'D

Nanti kita keluar ramai2 boleh tak? Kita aturkan masa la. Kita ajak Cikgu Fresilia dan papa pooh kita sekali join. Kita mestila ada kenangan baru yang nak diingat lagi kan? Aku sangat merindui diri kamu semua. Ceh, ingga. Haha. Hanis the bagus sayang kamu budak kelas 3G sangat sangat. Kalau ingat korang, dupdapdupdap rasa dihati ini. Loveee 


It's the times we're so crazy, that people think we're high. It's the times we laugh so hard, we can't help but cry. It's all the inside jokes and "remember whens". Those are all the reasons that we're best friends!

Wednesday, October 17, 2012

How I Met My...



17 Oktober 2012 - Assalamualaikum dan hello semuaaa! So, hari yang aku tunggu-tunggu dah tiba. Hari aku dan budak 3G berpisah. It just SO NOT COOL! Aku tak sukaaaa. Seriously kitorang cuti awal?! Harini last day?! Aku fikir esok! Sumpah tak sukaa sebab aku akan nangis. :'(

Dulu masa nak cuti form 1 dan form 2 bukan main semangat nak keluar dari kelas. Tapi sekarang? Rasa nak putarkan masa semuala. Kenapa aku tak rela nak berpisah dengan dorang? Kenapa hati ni rindu sangat kalau tak jumpa dengan dorang? Kenapa jatuh sayang dekat each one of them walaupun ada sesetengah yang sangat menyakitkan hati aku ni? Okay, aku nak cerita sikit, macam mana kenal dorang. Pengalaman kitorang satu kelas bersama dalam masa tiga tahun ni. 2010-2012 :')

Hm, kalau nak cerita dari 2010 hingga sekarang, memang tak tidur lah aku malam ni. So, aku pendekkan cerita jelah malam ni okay? Walaupun pendek, ikhlas dari hati semua ni :)

Masa 2010 dulu, aku rasa kitorang memang tak tegur sangat pun satu kelas. Memang awkward gila masa form 1 dulu. Mungkin sebab belum sesuaikan diri dengan suasana kelas yang baru kot. Dengan cikgu cikgu pun, hmm, tak berapa sangat macam sekarang ni. Hihi~ Masa form 1 juga, banyak yang pindah. So, ada yang aku memang tak kenal langsung, rupa wajah dorang pun masih blur blur lagi, dan sampai sekarang nama pun ingat ingat lupa. Hihi. Sorry, saya tak sengaja, kalau dapat, sebelum korang pindah, saya catat nama each one of you guys tau? Hmm ^.^

Masa form 2, tak ubah macam situasi form 1 kot. Ada lah sedikit peningkatan dalam bab hubungan kawan ni. Tapi kenapa aku tak ingat apa apa kenangan kita masa form 1 atau form 2 dulu? Hah, KENAPA?! Aku try nak ingat. Scan otak aku ni. Tapi, tak ingat juga. Betapa pilunya hatiku sebab tak ingat memori masa tu. Sedih :'(

Masa form 3. Hah! Mulalah permulaan yang baru. Kitorang dah suka kacau satu sama lain. Rahsia pun ada la share share juga. Hihi. Perangai kitorang?  Dah matang ke? Haha. Makin makin budak lelaki. Walaupun budak laki kelas aku tinggal tujuh orang je, tapi perangai yang suka menyakat tu, mak ai, aduh duh duh. Nak tahu nama dorang? K, fine. Saiful, Harry, Jackson, Fowler, Nizrul, Haziq dannnnn Naim, orang lelaki yang last sekali join kelas kitorang. Pindah masuk kelas 3G awal tahun ni tadi. Orang first yang bersinar sinar mata dan dupdapdupdap getaran di jantung tengok Naim masuk, Siti :D HAHAHA! Jangan marah ye cinta hati ku. Bak kata Bat, mata Siti keluar bentuk LOVE tu.  Naim ambil masa nak 'sebati' dengan kitorang, sekejap je. Tak ambil masa yang lama pun nak berkawan rapat. Sebab? Kitaorang  memang orang yang cepat mesra *kenyit mata* hihi. 

Budak lelaki yang suka sangat kacau budak budak lain dalam kelas 3G, mestilah, tidak diragui lagi, JACKSON! Siapa lagi kalau bukan dia. Budak yang 'kononnya' selalu sangat luka kat kaki sebab nak pakai selipar ke sekolah. Eh kejap, Jackson ni banyak secret admire juga tau? Tapi, eeee, suka menyakitkan hati jiwa dan raga budak perempuan 3G. Sehari tak kacau orang tak sah. Dia paling sukaaa kacau Maziah dan Dedek *angkat kening tinggi tinggi* Ada apa apa ke? Haha. FYI, semua budak laki kelas aku tu hotcetuf. Pleasela, jangan jealous okay? Tapi, jangan pula korang perasan lepas baca ni. Aku sebagai kawan yang THE BAGUS, mestila sentiasa memuji kawan aku kan? Takpe, orang cakap korang tak handsome, dihati aku dan budak perempuan 3G yang lain, korang tetap orang yang encem dan HOT kalau pakai baju kelas pink tu *ehem ehem* 

Budak perempuan 3G? Hm, mestila semua lebih AWESOME dari yang laki kan? Sebab kitorang banyak lagi. Hihi. Aku tak lah rapat dengan semua, but at least, I tried to know them better. Maybe next year kalau sama kelas lagi, dan dorang tak pindah, aku akan try nak mengukuhkan ikatan persahabatan ini lagi okay? Tolonglah jangan tinggalkan Hanis Izyan disini sendiri sorang diri. Dan, kalau tak sama kelas pun, rehat sama boleh tak? Hihi. Aku merajuk dengan the twins! Siapa lagi kalau bukan Kakak dan Adek, a.k.a. Cinta dan Abadi Hanis :') Kenapa nak tinggalkan Hanis?! Tak nak hug saya lagi ke? Siapa nak hug saya kalau korang pindah, luluh hati ini. Tahu tak, tahun depan terpaksa lah cari pasangan kembar lain nak hug ni. Lepaskan kerinduan yang tersemat di dalam dada iniiiiiiii ~ Form 3 ni, aku dah rapat dengan budak perempuan yang lain juga. Semestinya Vivian, Eva dan Siti. Oh yeah dorang cool gilerrrr! Kenapala tak rapat dari awal lagi? Hihi.

Hubungan dengan cikgu cikgu yang terhormat? Okay je. Kitorang suka kacau cikgu Ko dan cikgu Go. Betul ke ejaan? Saya minta maaf sangat kalau tersalah eja nama cikgu berdua. Aku tahu cikgu Ko memang sakit hati dengar cerita aku dalam kelas. Sorry cikgu. Saja nak mengembirakan hati cikgu tu dan nak suruh cikgu senyum sikit :) Hehe. Guru kelas, Cikgu Fresilia dan Cikgu Ibrahim, kitorang sayang sangat sangat sangat sangat dekat cikgu berdua. Terima kasih sebab dah jaga kami baik baik, especially, cikgu Fresilia, tiga tahun cikgu sabar layan karenah kami, cikgu buang masa cikgu, marahkan kami, cikgu bahagikan sayang cikgu untuk kami juga. Saya wakil kawan kelas 3G, nak bagitau, kitorang sayang dengan semuaaaa cikgu. Nanti, kalau result keluar, kitorang dapat result cemerlang *hopefully* tu je hadiah terbaik kitorang dapat bagi cikgu. Nanti cikgu tak ajar kami lagi, jangan lupakan kami ye cikgu. Kami sentiasa ingat macam mana suasana dalam kelas masa cikgu ajar, betapa riuhnya kami kalau cikgu-cikgu dalam mood gembira. Betapa senyapnya kami kalau cikgu dah marah sangat. Hihi. Ingat lagi masa first time belajar kat luar kelas bawah pokok masa kelas English Mdm Vivian. Memang having a lot of fun masa tu. Memories :')

Kepada budak kelas 3G, berat hati nak balik sekolah hari ni tadi *tahan air mata* Dahlah tak dapat jumpa cik adik Livia. Dia busy jadi atlet. Takpe, esok boleh jumpa tak? Hihi. Aku baru nak beli barang untuk korang, tapi aku baru dapat tahu harini last day kita sama. So, terbantut hajat tu. Aku harap sangat kita dalam kelas harini. Sebab aku nak ingat balik memori kita semua. Aku akan rindu korang semua. Rindu suasana dalam kelas. Masa Hari Sukan, masa kalau ada budak kelas 3G yang ambil bahagian, tak kisahlah, tak sama rumah sukan, tetap sokong satu sama lain. Masa Hari Guru berebut minum air sebab air selalu tak banyak orang bekal. Masa waktu rehat bila Maziah dan Bat sibuk tengok buah hati dorang dan masa kitorang lepak dekat depan kantin. Masa budak laki yang tersangat lah kreatif buat permainan yang aneh, tapi masih mengekalkan tahap cool. Masa berebut siapa yang nak baca newspaper dulu, perempuan tengok bahagian artis, lelaki? Biasalah, BOLA! Masa kita buat fashion show baju dari barang kitar semula. Masa kita menjerit menang kelas bersih. Masa waktu PJ main permainan kanak2. Masa gaduh gaduh manja dengan cikgu-cikgu. Masa dalam lab Science, bengkel KH. Haha. Dipendekkan cerita, every single second kita spent time together, aku kan ingat! Hmm, memori semua tu aku takkan pernah lupa. Aku sayang korang. SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT! Kalau ada jodoh, bagi yang pindah tu, kita jumpa lagi okay? Aku dah ada no.phone korang, kalau rindu boleh aku call atau sms ke untuk melepaskan rindu yang terpendam? Hihi. Aku sentiasa doakan korang. Semoga kita semua dapat result cemerlang PMR nanti okay? Nanti kita keluar jalan sama sama. Tahun depan, macam mana nak cari classmates yang sumpah cool dan hebat macam korang semua ni? Jangan lupakan aku okay sayangku semua. Kalau persahabatan yang kita jalin ni ikhlas, jauh mana pun kita berpisah, kita takkan pernah lupakan satu sama lain. Janji tau *pinky promise* Cintaku cintaku padamu, semakin besar tak seperti dulu 


Monday, October 15, 2012

Finally..



15 Oktober 2012 - Helo dan assalamualaikum semua. Alhamdulillah, PMR is finally OVER! Fuhh, lega giler rasa dihati. Tapi esok kawan kawan yang lain masih sambung perjuangan dorang. I wish you all the best! Hihi. 

So, dipendekkan cerita. PMR tahun ni bagi aku agak susak *bagi aku yang tak seberapa kepala hotak ni* Sorry la. Aku bukan budak genius, soalan yang macam ni memang bagi aku aras yang agak tinggi. Aku tanya kat kawan yang kat sekolah lain, ada yang cakap "Bolehla, dapat jawab". Ada juga yang jawab "Senang lah jugak". Oh my God, aku harap bukan aku sorang yang anggap paper PMR kali ni susah.

Balik dari exam, mesti mak dan bapa tanya macam mana exam, senang ke susah, dapat jawab ke tak? Respon aku sentiasa sama "SUSAH LA!" I'm like, "o.o" masa jawab soalan. Haha. Maths tadi untuk paper one aku tak cukup masa. Oh giler la. Masa amat mencemburui diriku~ Cewah. Eh tapi memang aku serius ni, Maths tadi susah lah untuk aku. Tapi alhamdulillah, bila check kertas 1 tadi, dapat juga 31. Alhamdulilah, alhamdulilah! Bagi budak yang agak lemah Maths macam aku ni dapat 31 kertas 1 macam dapat emas je. Hehe. Bergantung dengan kertas 2 yang SUSAH tu je lagi. Hm, tawakal :)

Exam yang lain yang aku tahu SC dan Geografi je. Tak nak bagitau markah sebab....taknak la. Malas! Hihi. Sekarang ni cikgu bagi cuti, Rabu baru sekolah balik. Tak nakkkk! Nak sekolah!! Hsh, INI TIDAK ADIL! *aku seorang je ke yang semangat nak pergi sekolah* Hihi. Reason dia. Erm, takde sebab *senyum senyum* Cik adik sayangku teman rapat je tahu. Syhh! ;)

Cikgu bagitau kitorang sekolah hari Rabu dan Khamis ni je lepas tu cuti terus. Masa tu aku tahan airmata sebab tak nak cuti awalll! Nak spend time dengan budak kelas 3G. TAHUN DEPAN MUNGKIN TAK SAMA SEKOLAH, KALAU SAMA PUN TAK SAMA KELAS! SUMPAH AKU TAK NAK. TAK SANGGUP. HATI TAK RELA. CIKGU2 TAK FAHAM KEEEEE HATI YANG PILU NII! Hah! Kan dah caps-lock. Her!

ATTENTION BUDAK KELAS 3G, Masa cuti nanti hang-out nak tak? Jum saya belanjeee *tipu* Bawa la duit masing masing okay? Kita pergi makan ke,m main bowling ke, main badminton ke, main futsal ke, main masak-masak ke, eh? Hihi. Nanti kalau dah tak sama sekolah, semua lupa kawan. Semua buang batu. Jangan lupakan aku okay. HANIS IZYAN IZZATI! Aku sayang korang semua much much much much much much. Muah muah muah    


P/S : KEPADA HUSNA NAZIFA DAN MAZIAH BOLHASAN. TOLONGLAH JANGAN MENG-OJE SAYA KALI INI OKAY SAYANG2KU. MALU TAUK SIKKKK! Muah muah :*



Muka mengada-gada :P


Thursday, October 11, 2012

OFFLINE



NO UPDATE SEKARANG SEBAB BUSY PMR :)
MUKA STRESS PMR YANG TAK LANGSUNG MENUNJUKKAN STRESS..

Friday, October 5, 2012

Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)



5 Oktober 2012 - Hey semua dan assalamualaikum. Tahun ni aku kan 15 tahun. Jadi, tahun ni la aku akan menduduki exam yang pentinggg dalam hidup selepas UPSR. Semestinya, Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Just a few days lagi sebelum aku dan kawan kawan aku nak pergi 'berperang'. Kitorang dah ready ke belum? Dah habis study? Dah buat semua preparation? Kalau tanya soalan tu dekat aku, erm..aku belum habis study lagi. Tengah berkejar dengan masa nak study la ni :(

Sekarang ni busy buat latihan dari negeri-negeri yang lain. Sempat juga aku meng-update-kan blog malam ni kan?  Blalalala ~ janji aku study depan laptop. Hihi ^.^ Soalan dari negeri-negeri lain ada yang agak susah. Memang sakit kepala hotak ni cari jawapan. Kenapa tak buat awal awal?! Hsh, last minute belajar ni. TOLONG JANGAN BUAT OKAY?

Harini kitorang Form 3 ambil slip untuk exam nanti. Baru hari ni aku rasa debaran nak PMR. Sebelum ni, bawa bertenang je. Kononnya tak nak buat diri sendiri gelabah. Tapi sekarang? Fulamak! Masa kat sekolah tadi, budak budak kelas 3G semua pakai baju pink kitorang yang AWESOME sangat tu. Tolonglah jealous *kidding. Ni ada kena mengena ke? *keluartajuk .-.

Lepas ambil slip, kitorang dah boleh buat hal sendiri. Aku dan kawan lain decide nak minta maaf dekat cikgu cikgu. Kitorang sedar, kitorang banyak buat diorang marah, kecil hati *usap air mata. Kitorang minta maaf sangat-sangat ye cikgu? Tolong halalkan ilmu kami, doakan kejayaan kami nanti ye? Jasa semua cikgu kitorang takkan lupa. Kitorang taknak ilmu tak berkat. Nanti masa jawab kertas exam, hati rasa bersalah tak minta maaf. So, kita ambil langkah awal minta maaf. Cikgu Ko, hihi :P

Kitorang satu kelas pun minta maaf antara satu sama lain. Cikgu Fresilia ada pesan "Minta maaf dengan semua cikgu, kawan kawan". Kitorang buat apa yang cikgu nasihatkan. Salam tangan. Perempuan sama perempuan tu HUG! Hihi ~ Maziah dan Husna antara yang awal mengalirkan air mata. Pilu hatikuuuuu! Aku tak kan? *EGO. 

Nasihat aku, hmm, perlu yakin dengan diri sendiri. Tapi jangat over confident. Apa yang pentinggggg?!! YOU MUST BELIEVE IN YOURSELF THAT YOU CAN DO IT. Jangan cepat putus asa. Memang tak BAGUS! USAHA DOA DAN TAWAKAL YE! :D


KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3, GOOD LUCK DALAM PMR NANTI. TRY YOUR BEST! JANGAN STRESS SANGAT. DAN OF COURSE BUDAK KELAS 3G BUAH HATIKU SEMUA, NANTI KITA SEMUA TRY TO ACHIEVE GOOD RESULT YANG DAPAT MEMBANGGAKAN SEMUA CIKGU KITA KAN KAWAN KAWAN? 8A MEMANG TAK SENANG, TAPI TAK MUSTAHIL KAN? ;)

Kali ni semua ada. Sayang semua 

 
Template by Ekinn Zhareef