Wednesday, September 26, 2012

Sekolah Menengah ♥



26 September 2012 - Hello hello semuanya. Eh lupa nak bagi salam. Assalamualaikum ~ Hihi. Harini mood tak berapa nak baik sebab dapat result PRA PMR 2 yang agak teruk dari yang 1. Hm, 3C kali ni?! Science, Sejarah and of course MATHEMATICS! Oh, maybe I deserve that marks sebab tak cukup study. Itula akibatnya kawan kawan. Jangan jadikan contoh saya yang suka study last minute. That's a big NO NO!  

Less than 2 weeks nak PMR. Tak lama lagi tamatla persekolah untuk Tingkatan 3. Tahun depan tingkatan 4, SWEET SIXTEEN BABYYY! Hahaha. Bila fikirkan perjalanan dekat SMKRD dalam masa tiga tahun ni, agak mengembirakan juga. Ada saat pahit, manis, suka duka. Semuanya bercampur. Harap ending bagi tahun 2012 ni happy. Dapat straight A's dalam PMR memang sukar, tapi tak mustahil kan? :)

Pertama kali menjejakkan kaki dekat SMK Rosli Dhoby ni memang agak peliks. Ingat lagi masa temankan abang daftar k SMKRD untuk Tingkatan 2. Terus check nama dekat senarai kemasukan tingkatan 1. Taklah terkejut sangat bila dapat tahu nama Hanis Izyan Izzati tersenarai juga sebab abang pun dah sekolah kat sana. Frust memang frust sebab kalau tak aku dah sama sekolah dengan bestfriends aku, Amirah dan Affizah. Tapi, nak buat macam mana, Mak dah pujuk sekolah sana. Tak nak jadi anak yang tak dengar cakap, mestila ikutkan kehendak ibubapa. Nanti tak berkat ilmu. Hihi ^.^

Masa shopping beli barang sekolah, mulut ni tak henti henti pujuk mak, "Mak, nak sekolah kat SMK Agama!" Mak jawab apa? Semua baju sekolah dah beli. Baju kurung, tudung, kasut. Tudung tu mak jadikan alasan nanti membazir beli tudung yang baru. Maklumlah, kalau sekolah agama, tudung dia kan berbeza sedikit. So, dah berputus asa pujuk Mak. Menghitung hari nak melangkah ke alam persekolahan yang baru, takde semangat langsung. Sebab risau fikirkan, ada tak kawan sekolah rendah aku yang sama, apa pandangan orang dekat aku, aku dapat menyesuaikan diri tak, cikgu cikgu pula sporting ke tak. Macam macam bermain dalam fikiran. Tanpa sedar, air mata pun terkeluar pula sebab asyik fikirkan benda yang sangat tidak cool itu. 

Masa daftarkan diri, haha. Lucu pula bila ingatkan kembali. First time guna baju kain biru muda. Eh, rasa dah semakin tua pula. Masa daftar tu, aku jumpa sapa ye? Hm, yang aku ingat Nizrul. BAGUS! Ada juga kawan sekolah rendah yang sama. Lepastu jumpa Hanna, memang happy giler. Haha. Ada juga peneman kalau takde orang nak sudi kawan nanti. Biasala, orang macam aku ni. Akhir sikit orang nak hulurkan salam persahabatan.

First day of school, tahun 2010. masuk kelas semua senyap. Tengok Batrisyia dan terus duduk sebelah dia. Sunyi giler suasana masa tu. Kalau orang kentut perlahan pun terdengar okay. Haha. Aku paling TIDAK SUKA masa sesi perkenalkan diri. Aku ni pemalu :3 Malu la nak kenalkan diri. Tak lama kitorang nak jadi rapat, dalam masa maybe 3 bulan camtu dah semua kenal. Kebanyakkan kawan aku waktu form 1 dulu pindah. Lorenzo, Vanessa, Anasthasia yang lain tu aku tak tahu macam mana nak eja nama. Sorry guys! 

Rata-rata pelajar sekolah menengah rasa sekolah menengah memang zaman persekolahan yang teruk. High school is probably one of the most happiest, saddest, depressing, tiring, fun, exciting and emotional times of our livesBagi aku, masa kita dah ke sekolah menengah, masa itula kita dah cuba nak cari identiti diri sendiri. Kita nak kenal pasti, siapa kita sebenarnya. Remaja perempuan, termasuk aku *angkat tangan*, dah mula nak keliru dengan perasaan kan? Haha. Eee, malu lah. Masa aku dah meningkat remaja ni, perasaan malu dan insecure tu dah mula ada dalam diri. Malu nak berdepan dengan orang terutamanya kaum Adam. Takde rasa confident dalam diri. Jumpa orang cantik lagi, rasa rendah diri. Jumpa orang pandai lagi, rendahkan diri lagi. Rasa macam aku ni tak dapat jadi macam pelajar perempuan lain yang dah kenal identiti diri masing masing. Sangat tak cool okay! 

Masa form 2, ada juga budak kelas lain masuk. Eh kejap. Form 2 ke form 1? Ya Allah! Sah sah aku ni pelupa, kawan yang lain, kalau ada silap jangan marah? Hehe. Husna, Saiful, Livia, Siti, Vivian, Aznisha yang lambat masuk. Naim pula baru tahun ni. Masa form 2 dulu, kitorang tak rapat sangat macam sekarang ni. Kenapalah lambat sangat kitorang nak sedar kitorang ni semua saling sayang menyayangi *kelip kelip mata. Haha. Tahun ni lelaki perempuan, semuanya rapat! Semuanya jadi kawan baik *atau aku seorang yang anggap macamtu? Haha.  Sebab tu berat hati nak pindah. Dan aku buat keputusan, macam mana pun result aku dapat PMR nanti, baik ke teruk ke, aku nak STAY kat SMKRD! Titik!!! Berat hati la nak berpisah dengan kawan kawan lain yang mungkin nak apply kat sekolah baru. Sekolah berasrama penuh! Sedih! Pilu! Kecewa! Dan....MARAH! Geram laaaaa! Macam mana kalau aku seorang je stuck dekat sekolah tu? Harap harap tak lah. Hmm.

Kenapa tak nak cuba apply kat sekolah berasrama penuh? Sebab yang paling utama! TAKUT NANTI TAKDE YANG SUDI MENJADI KAWAN DENGAN KITEEEE! Tidakk! Dahla dengan sifat aku yang, err, insecure nak berdepan dengan orang ni memang tak berikan manfaat pada diri sendiri. Mak pun ada suruh try je apply nanti, tapi kalau hati tak nak, pindah nanti, ilmu pun tak dapat sebab hati dekat tempat lain. Aku tak nak duduk kat asrama. Memang 100% tak nak! Lagipun, ehem ehem, pujaan hati dekat Sibu. Mana boleh pergi jauh jauh :3 


Life isn’t easy, love hurts, boys lie, friends stab you, parents yell, and you always try but you’re never good enough, and don’t know why.


“There are a million rules for being a girl. There are a million things you have to do to get through each day. High school has things that can trip you up, ruin you, people say one thing and mean another, and you have to know all the rules, you have to know what you can and can't do.” 



No comments:

Post a Comment

 
Template by Ekinn Zhareef