Friday, May 25, 2012

Lelaki?



25 Mei 2012 - Assalamualaikum. Lelaki? Subjek remaja perempuan masa kini. Semua sibuk bercouple. Ala, nak jugak >.< Hahaha. Kidding! Apa ciri-ciri lelaki idaman semua girls kat luar sana? Kalau soalan ni ditujukan untuk diri aku sendiri. Hm, apa ye? Bagi sikit je dulu :

1. Jujur

     Sifat jujur tu harus ada dalam diri si lelaki. Kalau takde tu, macam mana nak harapkan perempuan percaya kat awak? Dalam perhubungan, sifat jujur tu memang penting kalau nak hubungan tu berjayalah kan? So, boys please, jujur lah dekat perempuan ye :)


2. Ikhlas
    Kalau lelaki tak ikhlas dalam percintaan, baik tak payah! Kalau niat tu nak mainkan perasaan perempuan tu, simpan jelah lakonan awak tu. It's wasting your time. Kalau awak ikhlas, perempuan mesti sayang ketat-ketat. Tak nak lepas punye :D


3. Hormat diri perempuan
    Ada certain lelaki kat luar sana, nak ambil kesempatan je. Hormat tu penting! Jangan fikir nak sentuh mana mana sesuka hati. Belum sah lagi ikatan tu. Awak mesti hormat girlfriend awak kalau awak nak jadi no.1 dalam hati dia. Mana tahu, jodoh awak dengan dia. 


4. Jaga tiang agama
    First thing orang akan cakap kalau perempuan nak lelaki yang jaga agama dia " Eh, kolotlah kau. Takde class langsung. " Eh, pelik la! Kalau tak jaga tiang agama, senang la syaitan goda awak kalau awak tengah dating dengan awek. Kalau nak pilih calon suami pun, semua perempuan nak seorang lelaki yang dapat pimpin dia :)


Apa lagi ye? Banyak lagi sebenarnya. Semua girls kat luar sana, jangan anggap semua lelaki jahat selepas hati korang hancus. Mungkin ada satu bintang yang akan menyinari hidup korang dan menjadi satu satunya bintang yang akan makbulkan permintaan korang. Boys are great, every girl should have one :) 

No comments:

Post a Comment

 
Template by Ekinn Zhareef