Tuesday, May 29, 2012

9 FAKTA APABILA LELAKI MEMASAK



1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk. Dan ini adalah persamaan antara hosmet aku yang dulu dan sekarang. Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas.

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Dulu aku pernah komen masakan seorang perempuan, lama jugak dia merajuk. Sampai meluahkan perasaan dalam blog wakaka.

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.....

sumber:kopipes..

Saturday, May 26, 2012

Jika aku jatuh cinta ♥



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu. 


-artikel iluvislam.com- 

Friday, May 25, 2012

Protections :)




  • Surah Fatiha protects one from the anger of Allah.

  • Surah Yaseen protects one from the thirst of the Day of Judgment.

  • Surah Waqi’ah protects one from poverty and starvation.

  • Surah Mulk protects one from the punishment of the grave.

  • Surah Kauthar protects one from the enmity of the enemy.

  • Surah Kafiroon protects one from Kufr at the time of death.

  • Surah Ikhlas protects one from hypocrisy.

  • Surah Falaq protects one from calamities.

  • Surah Naas protects one from evil thoughts.

Mudahan ini dapat membantu anda :)

Today was quite fun :')



25 Mei 2012 - Assalamualaikum. Harini celebrate Hari Guru dekat sekolah. It's QUITE fun. Kenapa? Ada benda tak best juga harini. Ustaz Isa dan Cikgu NorLaili pindah :'( Rindulah nanti! Tadi dah puas nanish dalam kelas. Lalalala, okay.


Part gembira tu pula banyak sangat. Bergambar dengan kawan. Lepastu ada main tepung! Eh, nasib dorang tak letak tepung dekat muka aku. Kalau tak, siap! Haha. Persembahan dari students. Yang paling aku suka, persembahan drama murid pendidikan khas. They are AWESOME! Pandai lagi daripada aku '_'


 Persembahan Drama Pendidikan Khas.

Persembahan Tarian.

Sorry gambar tak clear sangat sebab posisi si pengambil gambar agak jauh. Dah dizoom masih tak clear sangat. Hehe. Dalam kelas, best sangat. Penuh dengan baloon :)



The cake

Gambar bersama the girlsssss! I'm gonna miss you girls! Happy holiday kawan kawan :)





WE ARE AWESOME!




Happy holiday semua! Exam pun dah habis. Masa untuk enjoyyyyyy! Nak enjoy ape nyeee. PMR tahun ni. Study la '_' By the way. Selamat Hari Gawai kepada semua kaum Iban especially to cik adik Livia. I'll miss you  :) 

Lelaki?



25 Mei 2012 - Assalamualaikum. Lelaki? Subjek remaja perempuan masa kini. Semua sibuk bercouple. Ala, nak jugak >.< Hahaha. Kidding! Apa ciri-ciri lelaki idaman semua girls kat luar sana? Kalau soalan ni ditujukan untuk diri aku sendiri. Hm, apa ye? Bagi sikit je dulu :

1. Jujur

     Sifat jujur tu harus ada dalam diri si lelaki. Kalau takde tu, macam mana nak harapkan perempuan percaya kat awak? Dalam perhubungan, sifat jujur tu memang penting kalau nak hubungan tu berjayalah kan? So, boys please, jujur lah dekat perempuan ye :)


2. Ikhlas
    Kalau lelaki tak ikhlas dalam percintaan, baik tak payah! Kalau niat tu nak mainkan perasaan perempuan tu, simpan jelah lakonan awak tu. It's wasting your time. Kalau awak ikhlas, perempuan mesti sayang ketat-ketat. Tak nak lepas punye :D


3. Hormat diri perempuan
    Ada certain lelaki kat luar sana, nak ambil kesempatan je. Hormat tu penting! Jangan fikir nak sentuh mana mana sesuka hati. Belum sah lagi ikatan tu. Awak mesti hormat girlfriend awak kalau awak nak jadi no.1 dalam hati dia. Mana tahu, jodoh awak dengan dia. 


4. Jaga tiang agama
    First thing orang akan cakap kalau perempuan nak lelaki yang jaga agama dia " Eh, kolotlah kau. Takde class langsung. " Eh, pelik la! Kalau tak jaga tiang agama, senang la syaitan goda awak kalau awak tengah dating dengan awek. Kalau nak pilih calon suami pun, semua perempuan nak seorang lelaki yang dapat pimpin dia :)


Apa lagi ye? Banyak lagi sebenarnya. Semua girls kat luar sana, jangan anggap semua lelaki jahat selepas hati korang hancus. Mungkin ada satu bintang yang akan menyinari hidup korang dan menjadi satu satunya bintang yang akan makbulkan permintaan korang. Boys are great, every girl should have one :) 
 
Template by Ekinn Zhareef