Monday, December 31, 2012

Year 2012



31 December 2012 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tak lama lagi kita dah nak masuk ke tahun baru. Tahun 2013. YESS!! Rabu ni sekolah dah mula -.- perjalanan baru sebagai student form 4 aliran Sains. 

Perjalanan hidup dalam tahun 2012 ni? Alhamdulilah ada pahit ada manis. Semua bercampur. Takkan lah aku nak cerita pengalaman pahit masa tahun ni kan? Yang pahit tu bagus aku simpan okay?

SELAMAT TAHUN BARU 2013 :D

Thursday, December 27, 2012

Novels :)




28 December 2012 - Assalamualaikum! Salam Jumaat ;) so harini aku nak menjual preloved novels. Price? I don't know yet. Tajuk novel adalah seperti dibawah :-

1. Mufin Manja - Hani Ismail
2. Bagai Sejuta - Alif Satar & Meor Shariman
3. Kelab Gadis Ayu - Zaryl Amzari
4. Daniel & Nome - Muhd. Alif Redzuan
5. Daisy & Bunga - Alya Lya
6. Pen Merah Pen Biru - Elisya Izd
7. Fatimah Fatty - E-man Dhani
8. Surat Biru Dakwat Ungu - Qayyum Nur
9. Nota Dania - Zaira Fitrah
10. Jangan Buka Mata - Nur Haliza
11. Seungu Lavender - Umi Kalthum Ngah
12. Cinta Laksa & Ubi - Hanifah Turkey
13. Aisyah & Roti Canai - Ahmad Din
14. Miss Epal - Hani Sofea
15. Sekiranya Aku Menjadi Novelis - Noorfadzillah Omar
16. Si Monster Cilik - Mia Arshad
17. A untuk... - Nuriazam Ismail
18. Dicakar Hantu - Zalimatunura Isa
19. Coklat ataupun Strawberi - Anna Raihana
20. Abang, Adik & Ayam - Ezee Rahmani
21. Puisi Untuk Nadina - Bahruddin Bekri
22. Diva Kampung - Salina Ibrahim
23. Single Unavailable - Nurina Izzati
24. 3600 Saat - Charon
25. Manik Merah Jambu - Ney Joehan
26. Ah...kelirunya - Wendy Markham
27. Impian Mira - Aisyah Ahmad
28. Nur Buat Gemini - Norashikin Wahid 
29. Warna-warni Si Puteri - Norashikin Wahid
30. Ais Tanpa Krim - Firas Firzana

These are some of it. Ada lagi 47 buah buku. Kalau berminat, bagitau :)

Saturday, December 22, 2012

Alhamdulilah :D



23 December 2012 - Assalamualaikum dan selamat tengah hari! Apa khabar korang? Hehe. So, tahun ni aku antara salah seorang calon PMR 2012. Yeap, result dah keluar hari Rabu lepas, 19 December but I don't have time to update blog and tell you everything. What can I say except Alhamdulilah :')

Masa 19 December tu, bangun tidur first tu masih relax lagi. Hati masih tenang. Tapi otak je ligat fikir tentang result. Kebetulan malam tu aku mimpi pasal result. Fulamak, dalam mimpi tu dapat result yang agak teruk. Dalam mimpi aku, aku dapat result 3A je. Dan kembar yang mempunyai otak teramat genius dalam kelas aku dapat 5A je. What theeee?! Eh permainan mimpi, nasib baik. Pagi tu, Mak aku cakap dia mimpi aku dapat 7A1B. Hm, mungkin kot sebab masa check paper Geografi haritu aku dalam 43 per 60 je confirm lah B kan? Aku tenangkan je diri aku ni.

Masa pergi sekolah, mak bapa aku pulak ajak pergi awal. Perh! Kawan aku sorang pun belum sampai. Aku sampai kat sekolah dalam pul 9:40 macam tu. Result kan keluar pukul 10. Lepasty teringat pulak result dapat check secara sms. Aku terus taip benda yang diperlukan, dan aku akan terus tekan SEND tepat pukul 10. Itulah rancangan aku sebab dapat tahu, result keluar pukul 10 pun, tak semestinya dapat tahu pukul 10 juga sebab cikgu masih atur. 

Dalam pukul 9:55 macamtu aku keluar dari kereta dan ditemani oleh bonda tersayang. Masa tu baru ada rasa debaran. Dan...........tepat pukul 10. Aku terus sent sms tu tadi tapi memang ambil masa yang agak lama tunggu reply. Takpe, demi result. Cikgu Fresilia dah excited bagitau result kawan aku, Nizrul dan Fatin. Dorang dapat 8A. Dorang memang antara pelajar yang cemerlang lah kat sekolah aku. So, memang jangkaan orang dorang dapat result gempak. Dan yang paling tak bestnya, cikgu Fresilia panggil aku Norazira *kawan sekelas aku* HAAHAHAHA. Part tu lawak. Dia cakap "Norazira, awak dapat 8A" Dan reaksi aku 0.0 *bila masa nama aku bertukar ni* dan aku balas "Cikgu, saya bukan NORAZIRA LAH! HANIS NI!" Haha. Cikgu pelik -.- lepastu cikgu check atas, dia bagitau "Hanis, awak dapat 7A1B" And I'm just like 0.0v wowww! Tak expect langsung dapat result macamtu!! Sebab dalam otak fikir, "Maths aku agak teruk. Science aku agak lemah. Geografi pulak confirm B" ALHAMDULILAH! Result yang lebih daripada jangkaan aku. Alhamdulilah Ya Allah. Respon mak aku? "Kan betul apa yang Mak mimpi?' Hehe. Dan kitorang curious nak tahu apa B aku. Dan......................yes B aku tu Geografi. Dan aku taklah kecewa sangat *maybe kecewa sikit* tak dapat 8A sebab aku memang dah tahu Geografi aku B. Sorry Cikgu Ko :3 hehe.

 Alhamdulilah, alhamdulilah dan alhamdulilah. Walaupun tak dapat memenuhi impian straight A's dalam PMR, I'm still satisfied with my result. Yes, I'm so grateful, thanks to Allah sebab bagi rezeki dapat result cemerlang. To be honest, langsung tak expect dapat result macam ni sebab fikir Maths dan Science tak dapat A. Maybe sebab berkat doa keluarga, guru dan kawan-kawan. Oh yes! A massive thank you to all my family, teachers and awesome friends sebab dah beri dorongan dan tunjuk ajar. And congratulation to all batch 1997. Especially to my lovely classmates, budak kelas 3G, banyak dapat result gempak. Alhamdulilah. Harap cikgu Fresilia dan cikgu Ibrahim bangga *dan cikgu matapelajaran lain* hehe. Please don't give up for those yang kecewa dengan result PMR, SPM masih ada, so don't worry. Once again, congratulation :D 

Tuesday, December 11, 2012

Hati aku tak penting :')



11 December 2012 - Assalamualaikum dan salam sejahtera! I've been quite busy for the past few weeks. So, I rarely have time to update my blog ^^v

Hari ni, aku dapat tahu result PMR keluar minggu depan. Tapi, tak sure sangat sebab takde sumber sahih kan? Orang bagitau hari Rabu iaitu, 19 Disember. Gila nervous hati aku ni!! Ramai tanya " So, macam mana. Rasanya dapat tak target 8A? " Err, seriously, aku langsung tak yakin dapat result segempak itu. Masa exam haritu, aku banyak 'blank'. Habis exam, dah takde keyakinan nak jawab kertas seterusnya. But, past is past. In Sya Allah, dapat result cemerlang. Saya hanya mampu bertawakal ;)

Sebab aku buat post ni, nak meng-explain-kan situasi aku sekarang dengan kawan-kawan aku. Yeah, aku tahu aku agak dingin masa cuti ni dengan korang semua. Post korang kat Facebook, aku tak reply. Korang text aku, aku tak layan. Call apatah lagi, handphone aku, aku sembunyikan kalau ada bunyi sebab serious sakit hati nak dengar ringtone handphone. Nak ambil result ni pun kalau dapat nak ambil sembunyi-sembunyi sebab malas nak tengok muka korang. Kalau terpaksa juga dengan dorang, nak cepat-cepat balik. Takut terkeluar juga air mata yang ditahan selama ni. Sebab nya? Aku agak kecil hati dengan sikap korang.

1. Setiap kali aku text korang, tanya apa semua entah apa, korang tak reply. Tak layan langsung. Kalau reply tu ambil masa beberapa hari, ada ambil masa berminggu. Payah sangat ke nak tekan keypad handphone? Kalau takde kredit aku fahamlah. Ada yang text orang lain dorang reply. Text aku tak! Macam mana aku tahu?! Tak payah nak ambil tahu. Dan, kalau korang reply pun text aku, aku balas panjang-panjang, korang balas macam korang terpaksa nak balas msg aku tu. K, aku faham.

2. Setiap kali aku ajak korang keluar jalan-jalan dengan aku, beribu macam alasan korang bagi. Tapi, terkejut pula aku bila dapat tahu korang outing sesama sendiri je. Aku tak diajak. Okay-okay. Aku faham :/

3. Setiap post aku kat dalam page group kelas kita, aku rasa takde sorang pun nak tahu? Selalunya, post aku tak pernah ada orang nak balas kan? Eh, syoknya rasa di hati bila tahu diri dipinggirkan kan? K, aku faham tu juga :/

Kadang-kadang dengki tengok korang take care antara satu sama lain except, of course me. Aku perasan setiap kali aku dalam masalah, takde sangat orang sudi nak dengar. Biasalah, I'm not miss popular kan? Hihi. Rasanya, dari sekolah rendah pun aku macamni. Tapi masa tu, aku belum berfikiran matang. I still can handle all the pains. Kadang-kadang aku rasa korang terpaksa pula kawan dengan aku ni. Hahaha. Ingat lagi tak masa kelas apa tu ye, bila kita perlu pilih dan duduk dalam kumpulan masing-masing. Semua bergerak dalam group, kecuali siapa? Hahahahahahahahah.....aku :') Aku duduk sorang-sorang kat belakang sambil senyum lucu sebab takde orang nak team dengan aku. Cikgu sendiri ketawa tengok termasuk aku ketawa. Sebenarnya takde siapa tahu, lepastu aku menangis. Hahahahaha. K saat memalukan. Awesome! 

So, I guess this is growing up. No one will ever care about how you feel *how I feel actually* Maybe some of you would feel offended. I'm really sorry. Aku tahu nanti ada yang mengata cakap, "Budak ni ingat hati dia je nak kena jaga? Hati aku tak?! Hati orang lain tak? Payah la orang nak menyibuk jaga hati minah sorang ni je" Well, actually, korang tak sedar ke selama ni aku je payah jaga hati korang semua? Masalah korang semua aku dengar. Kalau korang bagitau aku ni selfish apa semua tu, buktikan part mana aku selfish. Bahagian mana korang selalu jaga hati aku. I'M TIRED!! AND I'M DONE!! K.

But no matter how much you guys hurt me, how much I 'kinda' hate you guys, deep inside my heart, ada lagi rasa sayang dengan friendship kita. Aku akan cuba jadi kawan yang terbaik. I'm gonna change my attitude, In Sya Allah. The better me :) Okay sampai sini je aku tulis. Muah muah xx


P/s : Saya tidak mahu semua terus berkecil hati disebabkan post ini. Actually, post ini hanya ditujukan kepada SESETENGAH orang sahaja. Siapa yang makan cili terasa pedasnya xoxo


Do you ever just sit there and realize that you mean nothing to anyone and you start feeling like shit :/




:)




Jika Allah boleh menjadikan kita JATUH CINTA pada pandangan PERTAMA, Allah juga mampu menjadikan kita MEMBENCI seseorang dalam sekelip mata..justeru, MENGAPA kita terlalu MENGAGUNGKAN cinta itu yang HAKIKATNYA bukan milik kita, tetapi MILIK MUTLAK Allah.. :) 


Tuesday, December 4, 2012

PROMOTE



Hello dan Assalamualaikum. Good morning semua *aku taip ni pukul 6:28AM* Dah bangun ke tak ni? Tujuan aku buat post ni saja nak promote benda yang maybe Usu aku akan buat kalau ada orang nak. Hihi. Baju kosong, yang kitorang akan lukis sendiri apa yang diminta. Contoh nak gambar Elmo. Akan diusahakan untuk lukis tu. Dan kalau kitorang dapat cari bag kosong, kitorang boleh lukis atas bag juga. In Sha Allah :) So, here's one of them : 


Ini kitorang buat khas untuk budak kecil :)


Kitorang buat ni saja nak isikan masa lapang. Bukan full time business. Kalau nak *ada ke* just inbox my Facebook account dan email pun boleh :) 

Tuesday, November 27, 2012

Reminder :)



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." 



[ Surah. Al Baqarah : 216 ]

Tuesday, October 30, 2012

Rindu :'(



"The love of my life is the love between friends." 

31 Oktober 2012 - Assalamualaikum dan hello.  Aku taip post ni masa tengah hari so, selamat tengah hari semua :) Post kali ni aku nak bagitau rasa rinduuuuuuuuuuuuuuuu aku dekat budak kelas 3G. Lama sangat dah tak jumpa diorang semua. Rindu semakin bertambah setiap hari, setiap jam, setiap saat! Kalau ingatkan diorang dan cikgu-cikgu, mesti mata aku ni mulalah nak sibuk 'berpeluh'. Langsung tak cool -.-

KEPADA SEMUA BUDAK KELAS 3G,

Aku rindu korang...sangat sangat sangat dan sesangat! Bila lagi kita nak jadi macam dulu? Macam masa kita masih belajar dalam kelas dulu. Rindu masa kita tengah belajar, masa awal pagi, masa PJ. Dipendekkan, masa cuti ni, kalau aku takde buat apa2, tengah mengelamun tu mesti ingat korang je. Lepastu, mata ni 'berpeluh' lagi. Sengsara la aku kalau macamni. Hihi :'3

Ingat tak masa awal pagi, kalau kerja rumah tak siap, sibuk lah nak pinjam buku dengan kawan lain, lebih-lebih lagi buku kawan yang pandai. Sorry Doreen ~.~ hihi. Masa Ennike suruh kita kemas kelas awal-awal pagi. Kadang-kadang, kalau cikgu2 takde mood, awal-awal pagi dah kena marah. Haha. Semua diam lepastu, tapi ada yang buat kerja rumah senyap-senyap kan? haha. 

Ingat tak masa tengah belajar, especially masa cikgu Maths dan Geografi, kenapa nak meng'oje' cara cikgu Maths cakap, hah budak lelaki 3G? Nakal sangatla korang. Tapi cikgu Maths tak sedar sedar yang korang ni ikut cara dia cakap. Ingat tak masa kalau baju cikgu Maths guna tu agak pendek, kalau dia tulis kat papan hitam yang tinggi tu, baju dia terangkat. Hahaha. Siapa yang 'bertuah' tu silalah faham ;) Masa cikgu Geografi pula tu, cikgu Ko ke kita yang memulakan aktiviti 'memangkak' ni? Pandai cikgu Ko nak buat kita kalah dan terdiam. Haha. Rindu dengan cikgu Ko, rindu nak kacau pasal baby ;P Masa dalam lab Science kalau ada experiment tu memang best. Paling BEST masa kita buat experiment dengan apa ke nama benda tu, yang bola besi tu, kalau kita pegang ada kena elektrik sikit tu. Aku benci benda tu, cikgu cakap tak sakit, tapi bila turn aku nak try, terus kena elektrik. Secara spontan la pembaris panjang kat tepi aku, aku ambil terus pukul cikgu Kamarul. Minta ampun dan maaf okay cikgu? Tak sengaja. Kuasa elektrik tu buat saya bertindak agresif. Haha. Lepastu masa English, masa yang kadang2 buat kita pokai sebab nak bayar denda cakap bahasa lain. Siapa juara dalam berhutang ni? Ntah la :P sendiri tau la. Masa kelas English, Mdm Vivian memang AWESOME sangat sangat. One of my favourite teacher kot. Masa dia bawa kita belajar bawah pokok tu memang sesi pembelajaran yang paling best la. Masa Sejarah, hmm, susah la nak bagitau sebab keliru nak bagitau masa yang mana satu. Cikgu asyik bertukar ganti. Masa cikgu Laili, kadang2 cikgu kecil hati dengan sikap kita kan kan? Kita selalu buat dia sedih, marah tapi kadang2 dia gembira dengan sikap kita yang cool ni kan kan kan? haha. Masa cikgu Frank ajar Sejarah, kesian kat dia sebab kita lambat nak faham apa yang dia ajar. Sebab kita sibuk nak 'oje' dia. Memang tak patut! Especially budak2 lelaki tu, zero fighter je korang tu. Haha. Betulkah? Hahahaha :P Masa cikgu Norazita ajar pula, agak okayla. Kadang2 je cikgu tu marah sebab tak serius masa belajar. Minta maaf ye cikgu? :') Masa kelas Agama Islam ni, Ustaz Isa memang baik giler. Paling rindu masa dia start adakan 'konsert' masa belajar. Masa tu tolong pekakkan telinga anda. Haha. Masa Ustaz Isa cerita pasal lembu dia bernama Minah tu. Lepastu, masa kita belajar KH, kenapa kita selalu tak siap kerja yang papa pooh kita bagi? Masa belajar KH kat dalam bengkel, banyak yang tidur kat belakang. Eleh, untungla duduk dekat tempat belakang sekali. Aku tahu kadang2 papa pooh kecil hati sebab dia rasa kita tak ambil serius tentang KH, tapi aku tahu, dia tetap sayang kita semua. Sebab dia lah satu-satunya papa pooh kita ^.^ Masa kelas BM pula, dengan cikgu Fresilia, ikut mood cikgu la suasana dalam kelas. Kalau mood cikgu okay, kita semua pun okay. Kalau mood cikgu tak baik, pandai2 la kita nak komunikasi dengan cikgu supaya dia tak cepat naik angin. Tapi masa cikgu marahkan kita, kita kena faham, dia marah sebab dia nak tegurkan kita, dia tegur sebab sayangkan kita :')

Ingat tak masa rehat. Kalau loceng pertama bunyi, dalam kelas ada yang kongsi makanan lagi. Ada yang bergaduh manja. Budak2 lelaki pula yang ada tugas buang sampah akan jerit, "SAMPAH 1, SAMPAH 2" Haaha. Rinduu :3 Ada yang teropong crush masing masing. Best la korang ada crush dekat dekat. Crush aku blok dia dilindung oleh pokok gergasi. Tak suka! 

Ingat lagi tak masa dulu Mdm Vivian bagi hukuman rotan tu? Best kan kena rotan? Haha. Masa kalau cikgu2 tengok kita tak bersemangat, kita buat senaman sekejap kat dalam kelas. Masa cikgu Maths hitung markah tak siap kerja rumah sebab nak bagi 'hadiah'. Masa cikgu Fresilia nak check fail atau kerja rumah, semua startla nak mengelabah *bagi yang tak siap. Kenangan pahit kena marah, kena hukum, kalau ingatkan lagi, aku mesti ketawa dan senyum seorang diri. Haha. Lucu :'D

Nanti kita keluar ramai2 boleh tak? Kita aturkan masa la. Kita ajak Cikgu Fresilia dan papa pooh kita sekali join. Kita mestila ada kenangan baru yang nak diingat lagi kan? Aku sangat merindui diri kamu semua. Ceh, ingga. Haha. Hanis the bagus sayang kamu budak kelas 3G sangat sangat. Kalau ingat korang, dupdapdupdap rasa dihati ini. Loveee 


It's the times we're so crazy, that people think we're high. It's the times we laugh so hard, we can't help but cry. It's all the inside jokes and "remember whens". Those are all the reasons that we're best friends!

Wednesday, October 17, 2012

How I Met My...



17 Oktober 2012 - Assalamualaikum dan hello semuaaa! So, hari yang aku tunggu-tunggu dah tiba. Hari aku dan budak 3G berpisah. It just SO NOT COOL! Aku tak sukaaaa. Seriously kitorang cuti awal?! Harini last day?! Aku fikir esok! Sumpah tak sukaa sebab aku akan nangis. :'(

Dulu masa nak cuti form 1 dan form 2 bukan main semangat nak keluar dari kelas. Tapi sekarang? Rasa nak putarkan masa semuala. Kenapa aku tak rela nak berpisah dengan dorang? Kenapa hati ni rindu sangat kalau tak jumpa dengan dorang? Kenapa jatuh sayang dekat each one of them walaupun ada sesetengah yang sangat menyakitkan hati aku ni? Okay, aku nak cerita sikit, macam mana kenal dorang. Pengalaman kitorang satu kelas bersama dalam masa tiga tahun ni. 2010-2012 :')

Hm, kalau nak cerita dari 2010 hingga sekarang, memang tak tidur lah aku malam ni. So, aku pendekkan cerita jelah malam ni okay? Walaupun pendek, ikhlas dari hati semua ni :)

Masa 2010 dulu, aku rasa kitorang memang tak tegur sangat pun satu kelas. Memang awkward gila masa form 1 dulu. Mungkin sebab belum sesuaikan diri dengan suasana kelas yang baru kot. Dengan cikgu cikgu pun, hmm, tak berapa sangat macam sekarang ni. Hihi~ Masa form 1 juga, banyak yang pindah. So, ada yang aku memang tak kenal langsung, rupa wajah dorang pun masih blur blur lagi, dan sampai sekarang nama pun ingat ingat lupa. Hihi. Sorry, saya tak sengaja, kalau dapat, sebelum korang pindah, saya catat nama each one of you guys tau? Hmm ^.^

Masa form 2, tak ubah macam situasi form 1 kot. Ada lah sedikit peningkatan dalam bab hubungan kawan ni. Tapi kenapa aku tak ingat apa apa kenangan kita masa form 1 atau form 2 dulu? Hah, KENAPA?! Aku try nak ingat. Scan otak aku ni. Tapi, tak ingat juga. Betapa pilunya hatiku sebab tak ingat memori masa tu. Sedih :'(

Masa form 3. Hah! Mulalah permulaan yang baru. Kitorang dah suka kacau satu sama lain. Rahsia pun ada la share share juga. Hihi. Perangai kitorang?  Dah matang ke? Haha. Makin makin budak lelaki. Walaupun budak laki kelas aku tinggal tujuh orang je, tapi perangai yang suka menyakat tu, mak ai, aduh duh duh. Nak tahu nama dorang? K, fine. Saiful, Harry, Jackson, Fowler, Nizrul, Haziq dannnnn Naim, orang lelaki yang last sekali join kelas kitorang. Pindah masuk kelas 3G awal tahun ni tadi. Orang first yang bersinar sinar mata dan dupdapdupdap getaran di jantung tengok Naim masuk, Siti :D HAHAHA! Jangan marah ye cinta hati ku. Bak kata Bat, mata Siti keluar bentuk LOVE tu.  Naim ambil masa nak 'sebati' dengan kitorang, sekejap je. Tak ambil masa yang lama pun nak berkawan rapat. Sebab? Kitaorang  memang orang yang cepat mesra *kenyit mata* hihi. 

Budak lelaki yang suka sangat kacau budak budak lain dalam kelas 3G, mestilah, tidak diragui lagi, JACKSON! Siapa lagi kalau bukan dia. Budak yang 'kononnya' selalu sangat luka kat kaki sebab nak pakai selipar ke sekolah. Eh kejap, Jackson ni banyak secret admire juga tau? Tapi, eeee, suka menyakitkan hati jiwa dan raga budak perempuan 3G. Sehari tak kacau orang tak sah. Dia paling sukaaa kacau Maziah dan Dedek *angkat kening tinggi tinggi* Ada apa apa ke? Haha. FYI, semua budak laki kelas aku tu hotcetuf. Pleasela, jangan jealous okay? Tapi, jangan pula korang perasan lepas baca ni. Aku sebagai kawan yang THE BAGUS, mestila sentiasa memuji kawan aku kan? Takpe, orang cakap korang tak handsome, dihati aku dan budak perempuan 3G yang lain, korang tetap orang yang encem dan HOT kalau pakai baju kelas pink tu *ehem ehem* 

Budak perempuan 3G? Hm, mestila semua lebih AWESOME dari yang laki kan? Sebab kitorang banyak lagi. Hihi. Aku tak lah rapat dengan semua, but at least, I tried to know them better. Maybe next year kalau sama kelas lagi, dan dorang tak pindah, aku akan try nak mengukuhkan ikatan persahabatan ini lagi okay? Tolonglah jangan tinggalkan Hanis Izyan disini sendiri sorang diri. Dan, kalau tak sama kelas pun, rehat sama boleh tak? Hihi. Aku merajuk dengan the twins! Siapa lagi kalau bukan Kakak dan Adek, a.k.a. Cinta dan Abadi Hanis :') Kenapa nak tinggalkan Hanis?! Tak nak hug saya lagi ke? Siapa nak hug saya kalau korang pindah, luluh hati ini. Tahu tak, tahun depan terpaksa lah cari pasangan kembar lain nak hug ni. Lepaskan kerinduan yang tersemat di dalam dada iniiiiiiii ~ Form 3 ni, aku dah rapat dengan budak perempuan yang lain juga. Semestinya Vivian, Eva dan Siti. Oh yeah dorang cool gilerrrr! Kenapala tak rapat dari awal lagi? Hihi.

Hubungan dengan cikgu cikgu yang terhormat? Okay je. Kitorang suka kacau cikgu Ko dan cikgu Go. Betul ke ejaan? Saya minta maaf sangat kalau tersalah eja nama cikgu berdua. Aku tahu cikgu Ko memang sakit hati dengar cerita aku dalam kelas. Sorry cikgu. Saja nak mengembirakan hati cikgu tu dan nak suruh cikgu senyum sikit :) Hehe. Guru kelas, Cikgu Fresilia dan Cikgu Ibrahim, kitorang sayang sangat sangat sangat sangat dekat cikgu berdua. Terima kasih sebab dah jaga kami baik baik, especially, cikgu Fresilia, tiga tahun cikgu sabar layan karenah kami, cikgu buang masa cikgu, marahkan kami, cikgu bahagikan sayang cikgu untuk kami juga. Saya wakil kawan kelas 3G, nak bagitau, kitorang sayang dengan semuaaaa cikgu. Nanti, kalau result keluar, kitorang dapat result cemerlang *hopefully* tu je hadiah terbaik kitorang dapat bagi cikgu. Nanti cikgu tak ajar kami lagi, jangan lupakan kami ye cikgu. Kami sentiasa ingat macam mana suasana dalam kelas masa cikgu ajar, betapa riuhnya kami kalau cikgu-cikgu dalam mood gembira. Betapa senyapnya kami kalau cikgu dah marah sangat. Hihi. Ingat lagi masa first time belajar kat luar kelas bawah pokok masa kelas English Mdm Vivian. Memang having a lot of fun masa tu. Memories :')

Kepada budak kelas 3G, berat hati nak balik sekolah hari ni tadi *tahan air mata* Dahlah tak dapat jumpa cik adik Livia. Dia busy jadi atlet. Takpe, esok boleh jumpa tak? Hihi. Aku baru nak beli barang untuk korang, tapi aku baru dapat tahu harini last day kita sama. So, terbantut hajat tu. Aku harap sangat kita dalam kelas harini. Sebab aku nak ingat balik memori kita semua. Aku akan rindu korang semua. Rindu suasana dalam kelas. Masa Hari Sukan, masa kalau ada budak kelas 3G yang ambil bahagian, tak kisahlah, tak sama rumah sukan, tetap sokong satu sama lain. Masa Hari Guru berebut minum air sebab air selalu tak banyak orang bekal. Masa waktu rehat bila Maziah dan Bat sibuk tengok buah hati dorang dan masa kitorang lepak dekat depan kantin. Masa budak laki yang tersangat lah kreatif buat permainan yang aneh, tapi masih mengekalkan tahap cool. Masa berebut siapa yang nak baca newspaper dulu, perempuan tengok bahagian artis, lelaki? Biasalah, BOLA! Masa kita buat fashion show baju dari barang kitar semula. Masa kita menjerit menang kelas bersih. Masa waktu PJ main permainan kanak2. Masa gaduh gaduh manja dengan cikgu-cikgu. Masa dalam lab Science, bengkel KH. Haha. Dipendekkan cerita, every single second kita spent time together, aku kan ingat! Hmm, memori semua tu aku takkan pernah lupa. Aku sayang korang. SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT! Kalau ada jodoh, bagi yang pindah tu, kita jumpa lagi okay? Aku dah ada no.phone korang, kalau rindu boleh aku call atau sms ke untuk melepaskan rindu yang terpendam? Hihi. Aku sentiasa doakan korang. Semoga kita semua dapat result cemerlang PMR nanti okay? Nanti kita keluar jalan sama sama. Tahun depan, macam mana nak cari classmates yang sumpah cool dan hebat macam korang semua ni? Jangan lupakan aku okay sayangku semua. Kalau persahabatan yang kita jalin ni ikhlas, jauh mana pun kita berpisah, kita takkan pernah lupakan satu sama lain. Janji tau *pinky promise* Cintaku cintaku padamu, semakin besar tak seperti dulu 


Monday, October 15, 2012

Finally..



15 Oktober 2012 - Helo dan assalamualaikum semua. Alhamdulillah, PMR is finally OVER! Fuhh, lega giler rasa dihati. Tapi esok kawan kawan yang lain masih sambung perjuangan dorang. I wish you all the best! Hihi. 

So, dipendekkan cerita. PMR tahun ni bagi aku agak susak *bagi aku yang tak seberapa kepala hotak ni* Sorry la. Aku bukan budak genius, soalan yang macam ni memang bagi aku aras yang agak tinggi. Aku tanya kat kawan yang kat sekolah lain, ada yang cakap "Bolehla, dapat jawab". Ada juga yang jawab "Senang lah jugak". Oh my God, aku harap bukan aku sorang yang anggap paper PMR kali ni susah.

Balik dari exam, mesti mak dan bapa tanya macam mana exam, senang ke susah, dapat jawab ke tak? Respon aku sentiasa sama "SUSAH LA!" I'm like, "o.o" masa jawab soalan. Haha. Maths tadi untuk paper one aku tak cukup masa. Oh giler la. Masa amat mencemburui diriku~ Cewah. Eh tapi memang aku serius ni, Maths tadi susah lah untuk aku. Tapi alhamdulillah, bila check kertas 1 tadi, dapat juga 31. Alhamdulilah, alhamdulilah! Bagi budak yang agak lemah Maths macam aku ni dapat 31 kertas 1 macam dapat emas je. Hehe. Bergantung dengan kertas 2 yang SUSAH tu je lagi. Hm, tawakal :)

Exam yang lain yang aku tahu SC dan Geografi je. Tak nak bagitau markah sebab....taknak la. Malas! Hihi. Sekarang ni cikgu bagi cuti, Rabu baru sekolah balik. Tak nakkkk! Nak sekolah!! Hsh, INI TIDAK ADIL! *aku seorang je ke yang semangat nak pergi sekolah* Hihi. Reason dia. Erm, takde sebab *senyum senyum* Cik adik sayangku teman rapat je tahu. Syhh! ;)

Cikgu bagitau kitorang sekolah hari Rabu dan Khamis ni je lepas tu cuti terus. Masa tu aku tahan airmata sebab tak nak cuti awalll! Nak spend time dengan budak kelas 3G. TAHUN DEPAN MUNGKIN TAK SAMA SEKOLAH, KALAU SAMA PUN TAK SAMA KELAS! SUMPAH AKU TAK NAK. TAK SANGGUP. HATI TAK RELA. CIKGU2 TAK FAHAM KEEEEE HATI YANG PILU NII! Hah! Kan dah caps-lock. Her!

ATTENTION BUDAK KELAS 3G, Masa cuti nanti hang-out nak tak? Jum saya belanjeee *tipu* Bawa la duit masing masing okay? Kita pergi makan ke,m main bowling ke, main badminton ke, main futsal ke, main masak-masak ke, eh? Hihi. Nanti kalau dah tak sama sekolah, semua lupa kawan. Semua buang batu. Jangan lupakan aku okay. HANIS IZYAN IZZATI! Aku sayang korang semua much much much much much much. Muah muah muah    


P/S : KEPADA HUSNA NAZIFA DAN MAZIAH BOLHASAN. TOLONGLAH JANGAN MENG-OJE SAYA KALI INI OKAY SAYANG2KU. MALU TAUK SIKKKK! Muah muah :*



Muka mengada-gada :P


Thursday, October 11, 2012

OFFLINE



NO UPDATE SEKARANG SEBAB BUSY PMR :)
MUKA STRESS PMR YANG TAK LANGSUNG MENUNJUKKAN STRESS..

Friday, October 5, 2012

Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)



5 Oktober 2012 - Hey semua dan assalamualaikum. Tahun ni aku kan 15 tahun. Jadi, tahun ni la aku akan menduduki exam yang pentinggg dalam hidup selepas UPSR. Semestinya, Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Just a few days lagi sebelum aku dan kawan kawan aku nak pergi 'berperang'. Kitorang dah ready ke belum? Dah habis study? Dah buat semua preparation? Kalau tanya soalan tu dekat aku, erm..aku belum habis study lagi. Tengah berkejar dengan masa nak study la ni :(

Sekarang ni busy buat latihan dari negeri-negeri yang lain. Sempat juga aku meng-update-kan blog malam ni kan?  Blalalala ~ janji aku study depan laptop. Hihi ^.^ Soalan dari negeri-negeri lain ada yang agak susah. Memang sakit kepala hotak ni cari jawapan. Kenapa tak buat awal awal?! Hsh, last minute belajar ni. TOLONG JANGAN BUAT OKAY?

Harini kitorang Form 3 ambil slip untuk exam nanti. Baru hari ni aku rasa debaran nak PMR. Sebelum ni, bawa bertenang je. Kononnya tak nak buat diri sendiri gelabah. Tapi sekarang? Fulamak! Masa kat sekolah tadi, budak budak kelas 3G semua pakai baju pink kitorang yang AWESOME sangat tu. Tolonglah jealous *kidding. Ni ada kena mengena ke? *keluartajuk .-.

Lepas ambil slip, kitorang dah boleh buat hal sendiri. Aku dan kawan lain decide nak minta maaf dekat cikgu cikgu. Kitorang sedar, kitorang banyak buat diorang marah, kecil hati *usap air mata. Kitorang minta maaf sangat-sangat ye cikgu? Tolong halalkan ilmu kami, doakan kejayaan kami nanti ye? Jasa semua cikgu kitorang takkan lupa. Kitorang taknak ilmu tak berkat. Nanti masa jawab kertas exam, hati rasa bersalah tak minta maaf. So, kita ambil langkah awal minta maaf. Cikgu Ko, hihi :P

Kitorang satu kelas pun minta maaf antara satu sama lain. Cikgu Fresilia ada pesan "Minta maaf dengan semua cikgu, kawan kawan". Kitorang buat apa yang cikgu nasihatkan. Salam tangan. Perempuan sama perempuan tu HUG! Hihi ~ Maziah dan Husna antara yang awal mengalirkan air mata. Pilu hatikuuuuu! Aku tak kan? *EGO. 

Nasihat aku, hmm, perlu yakin dengan diri sendiri. Tapi jangat over confident. Apa yang pentinggggg?!! YOU MUST BELIEVE IN YOURSELF THAT YOU CAN DO IT. Jangan cepat putus asa. Memang tak BAGUS! USAHA DOA DAN TAWAKAL YE! :D


KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3, GOOD LUCK DALAM PMR NANTI. TRY YOUR BEST! JANGAN STRESS SANGAT. DAN OF COURSE BUDAK KELAS 3G BUAH HATIKU SEMUA, NANTI KITA SEMUA TRY TO ACHIEVE GOOD RESULT YANG DAPAT MEMBANGGAKAN SEMUA CIKGU KITA KAN KAWAN KAWAN? 8A MEMANG TAK SENANG, TAPI TAK MUSTAHIL KAN? ;)

Kali ni semua ada. Sayang semua 

Wednesday, September 26, 2012

I miss you like crazy ♥




                                                I miss you like crazy 
                                     Even More than words can say 
                                                I miss you like crazy 
Every minute of every day 
Girl I'm so down when your love's not around 
I miss you, miss you, miss you 
I miss you like crazy 
You are all that I want 
You are all that I need 
Can't you see how I feel 
Can't you see that my pain's so real 
When I think of you 
I don't know what to do 
When will I see you again  

Sekolah Menengah ♥



26 September 2012 - Hello hello semuanya. Eh lupa nak bagi salam. Assalamualaikum ~ Hihi. Harini mood tak berapa nak baik sebab dapat result PRA PMR 2 yang agak teruk dari yang 1. Hm, 3C kali ni?! Science, Sejarah and of course MATHEMATICS! Oh, maybe I deserve that marks sebab tak cukup study. Itula akibatnya kawan kawan. Jangan jadikan contoh saya yang suka study last minute. That's a big NO NO!  

Less than 2 weeks nak PMR. Tak lama lagi tamatla persekolah untuk Tingkatan 3. Tahun depan tingkatan 4, SWEET SIXTEEN BABYYY! Hahaha. Bila fikirkan perjalanan dekat SMKRD dalam masa tiga tahun ni, agak mengembirakan juga. Ada saat pahit, manis, suka duka. Semuanya bercampur. Harap ending bagi tahun 2012 ni happy. Dapat straight A's dalam PMR memang sukar, tapi tak mustahil kan? :)

Pertama kali menjejakkan kaki dekat SMK Rosli Dhoby ni memang agak peliks. Ingat lagi masa temankan abang daftar k SMKRD untuk Tingkatan 2. Terus check nama dekat senarai kemasukan tingkatan 1. Taklah terkejut sangat bila dapat tahu nama Hanis Izyan Izzati tersenarai juga sebab abang pun dah sekolah kat sana. Frust memang frust sebab kalau tak aku dah sama sekolah dengan bestfriends aku, Amirah dan Affizah. Tapi, nak buat macam mana, Mak dah pujuk sekolah sana. Tak nak jadi anak yang tak dengar cakap, mestila ikutkan kehendak ibubapa. Nanti tak berkat ilmu. Hihi ^.^

Masa shopping beli barang sekolah, mulut ni tak henti henti pujuk mak, "Mak, nak sekolah kat SMK Agama!" Mak jawab apa? Semua baju sekolah dah beli. Baju kurung, tudung, kasut. Tudung tu mak jadikan alasan nanti membazir beli tudung yang baru. Maklumlah, kalau sekolah agama, tudung dia kan berbeza sedikit. So, dah berputus asa pujuk Mak. Menghitung hari nak melangkah ke alam persekolahan yang baru, takde semangat langsung. Sebab risau fikirkan, ada tak kawan sekolah rendah aku yang sama, apa pandangan orang dekat aku, aku dapat menyesuaikan diri tak, cikgu cikgu pula sporting ke tak. Macam macam bermain dalam fikiran. Tanpa sedar, air mata pun terkeluar pula sebab asyik fikirkan benda yang sangat tidak cool itu. 

Masa daftarkan diri, haha. Lucu pula bila ingatkan kembali. First time guna baju kain biru muda. Eh, rasa dah semakin tua pula. Masa daftar tu, aku jumpa sapa ye? Hm, yang aku ingat Nizrul. BAGUS! Ada juga kawan sekolah rendah yang sama. Lepastu jumpa Hanna, memang happy giler. Haha. Ada juga peneman kalau takde orang nak sudi kawan nanti. Biasala, orang macam aku ni. Akhir sikit orang nak hulurkan salam persahabatan.

First day of school, tahun 2010. masuk kelas semua senyap. Tengok Batrisyia dan terus duduk sebelah dia. Sunyi giler suasana masa tu. Kalau orang kentut perlahan pun terdengar okay. Haha. Aku paling TIDAK SUKA masa sesi perkenalkan diri. Aku ni pemalu :3 Malu la nak kenalkan diri. Tak lama kitorang nak jadi rapat, dalam masa maybe 3 bulan camtu dah semua kenal. Kebanyakkan kawan aku waktu form 1 dulu pindah. Lorenzo, Vanessa, Anasthasia yang lain tu aku tak tahu macam mana nak eja nama. Sorry guys! 

Rata-rata pelajar sekolah menengah rasa sekolah menengah memang zaman persekolahan yang teruk. High school is probably one of the most happiest, saddest, depressing, tiring, fun, exciting and emotional times of our livesBagi aku, masa kita dah ke sekolah menengah, masa itula kita dah cuba nak cari identiti diri sendiri. Kita nak kenal pasti, siapa kita sebenarnya. Remaja perempuan, termasuk aku *angkat tangan*, dah mula nak keliru dengan perasaan kan? Haha. Eee, malu lah. Masa aku dah meningkat remaja ni, perasaan malu dan insecure tu dah mula ada dalam diri. Malu nak berdepan dengan orang terutamanya kaum Adam. Takde rasa confident dalam diri. Jumpa orang cantik lagi, rasa rendah diri. Jumpa orang pandai lagi, rendahkan diri lagi. Rasa macam aku ni tak dapat jadi macam pelajar perempuan lain yang dah kenal identiti diri masing masing. Sangat tak cool okay! 

Masa form 2, ada juga budak kelas lain masuk. Eh kejap. Form 2 ke form 1? Ya Allah! Sah sah aku ni pelupa, kawan yang lain, kalau ada silap jangan marah? Hehe. Husna, Saiful, Livia, Siti, Vivian, Aznisha yang lambat masuk. Naim pula baru tahun ni. Masa form 2 dulu, kitorang tak rapat sangat macam sekarang ni. Kenapalah lambat sangat kitorang nak sedar kitorang ni semua saling sayang menyayangi *kelip kelip mata. Haha. Tahun ni lelaki perempuan, semuanya rapat! Semuanya jadi kawan baik *atau aku seorang yang anggap macamtu? Haha.  Sebab tu berat hati nak pindah. Dan aku buat keputusan, macam mana pun result aku dapat PMR nanti, baik ke teruk ke, aku nak STAY kat SMKRD! Titik!!! Berat hati la nak berpisah dengan kawan kawan lain yang mungkin nak apply kat sekolah baru. Sekolah berasrama penuh! Sedih! Pilu! Kecewa! Dan....MARAH! Geram laaaaa! Macam mana kalau aku seorang je stuck dekat sekolah tu? Harap harap tak lah. Hmm.

Kenapa tak nak cuba apply kat sekolah berasrama penuh? Sebab yang paling utama! TAKUT NANTI TAKDE YANG SUDI MENJADI KAWAN DENGAN KITEEEE! Tidakk! Dahla dengan sifat aku yang, err, insecure nak berdepan dengan orang ni memang tak berikan manfaat pada diri sendiri. Mak pun ada suruh try je apply nanti, tapi kalau hati tak nak, pindah nanti, ilmu pun tak dapat sebab hati dekat tempat lain. Aku tak nak duduk kat asrama. Memang 100% tak nak! Lagipun, ehem ehem, pujaan hati dekat Sibu. Mana boleh pergi jauh jauh :3 


Life isn’t easy, love hurts, boys lie, friends stab you, parents yell, and you always try but you’re never good enough, and don’t know why.


“There are a million rules for being a girl. There are a million things you have to do to get through each day. High school has things that can trip you up, ruin you, people say one thing and mean another, and you have to know all the rules, you have to know what you can and can't do.” 



Tuesday, September 25, 2012

This is sweet :)





“I am asking you to marry me because I love you,” he said, “because I cannot imagine living my life without you. I want to see your face in the morning, and then at night, and a hundred times in between. I want to grow old with you, I want to laugh with you, and I want to sigh to my friends about how managing you are, all the while secretly knowing I am the luckiest man in town.”

“What?” she demanded.

He shrugged. “A man’s got to keep up appearances. I’ll be universally detested if everyone realizes how perfect you are.” 

Monday, September 24, 2012

Memories are like diamonds :)




24 September 2012 - Assalamualaikum and hello everyone! Pra PMR 2 is over and PMR is coming soon! Hopefully, aku dapat jawab soalan nanti dengan hati tenang dan tawakal dekat Tuhan ;)

Memories are like diamonds. Berharga sangat kan? Sumpah takde idea nak post apa malam ni. So, aku just nak post few pictures budak budak 3G yang aku tengah rindui sekarang. Haha. Walaupun esok dapat jumpa dorang, tak kesah la. Nak juga post sedikit gambar-gambar awesome mereka. Handsome young boys and beautiful young girls. Memang ada sesetengah daripada diorang ni perangai agak gila gila, nakal sangat, suka kacau orang, tapii...orang yang macam tu lah aku SUKA sangat kawan! Sebab langsung tak bosan kawan dengan diorang. Hihi. So, check it out :D


From left ; Jackson, Maziah, Saiful, Fowler dan Haziq.

 Awesome us!

 Cinta, Maziah, Abadi dan Bebek 

Buah hati Livia ku seorang 

 Last year's picture :)

 I found thisss!

Classmates yang tercinta dan Cikgu Fresilia :)

 My beautiful Evanastasia ;)

 Maziah, Cuna dan Husna 

With Cikgu Fresilia yang ohsemmmm :D


Cukuplah tu je dulu. Yang lain, hmm, private pictures. Haha. Kalau nak diuploadkan semua, tak tidur la malam ni. Kalau ada gambar baru, baru aku post lagi. Yang ni kebanyakkan nya gambar tahun lepas *i guess? Hihi. Cantik dan handsome tak kawan kawan aku? 


A memory lasts forever, and never does it die. True friends stay together and never say good bye 

Friday, September 21, 2012

Hari Sukan SMKRD 2012 ♥






21 September 2012 - Assalamualaikum! Lama sangat tak update blog ni kan? Sumpah busy giler! Tahun ni PMR. Dan tinggal about 2 weeks lagi sebelum....*bunyi petir* PMR! Aaa, nervous. Sekarang ni exam pra PMR 2. PMR nanti, my aim is to get straight A's, Insyaallah :)

Entry kali ni nak cerita pasal Hari Sukan kitorang. It was so AWESOME! Antara Hari Sukan kegemaran aku la.  Had a lot of fun with girlfriends ku yang tercinta abadi, awesome classmates, crush! Hamboii! Crush! AAAA! Tahniah sebab menang banyak hotstuff. I'm really proud of you! Hihi :3 Amboi, Hari Sukan bukan main semangat ye? Mentang2 ada six packs! Tau tak banyak perempuan tergodaaaa?!! Hot leee! Hahaha. Tapi ingattt! Pelajaran jangan lupa okay? Hihi :3

Classmates aku banyak juga yang ambil bahagian, mostly dalam acara larian la. Harry Ejay, Saiful, Fowler Peter, Livia, Evanastasia, Vivian, Naim, Nizrul Izham, Jackson, dan Siti and I'm proudly to say that some of them dapat juga pingat dan yang paling besttttt ada yang dapat banyak sampai lima pingat *angkat kening tinggi2*. Bangga wooo! Siapa yang tak bangga kan? Bangga tau dapat kawan atlet.  Walaupun aku tak dapat, tapi kawan aku dapat pun dah cukup. Boleh share2 kan nanti? Haha.

Tahun ni aku dalam Rumah Merah. Form 1 Rumah Merah juga. Form 2 je Rumah Biru. Sukacitanya dimaklumkan bahawa......*drumrolls please* RUMAH MERAH MENANGGG! WOHOOOO! Walaupun bukan aku yang bagi point untuk Rumah Merah menang, aku jadi tukang sorak. Pembakar semangat atlet Rumah Merah yang tengah lari okay? Tanpa tukang sorak, siapa nak bagi semangat untuk diorang kan, kan? Jangan cemburu ahli rumah sukan yang lain. Hehe :3

Dan, dengan girlfriends, mestilah SERONOK! Husna, Batrisyia, Maziah, the twins Kakak dan Adek, Aznisha, Siti dan Qamaliaaa. Perempuan kalau jumpa kamera tak sah kalau tak bergambar, kalau dapat sampai full memory dalam handphone or sampai bateri kamera habis. Hari Sukan tahun ni memang best tau! Sayang kitak semuaaaa! Tak tau la macam mana kalau tahun depan tak sama sekolah, terpaksa cari kawan baru untuk jadi girlfriends *sentap* Huhu :'(


The best part is, last day Hari Sukan, dapat guna baju kelas yang baru je dapat dari Abang Posmen. Yeayyy! Thanks Abang Posmen sebab sempat hantar sebelum hari Jumaat walaupun ada sedikit masalah masa delivery tu. Blablabla...baju kelas kitorang warna Magenta. Mixture of pink and purple. Sumpah cool kan? Budak budak laki okay je kan guna pink? Takpe, korang pakai pink, korang nampak macho! Bersediala tunggu perempuan usha nanti. Haha :3

Aku sayang semua classmates aku walaupun ada yang aku tak sempat nak berkenalan sepenuhnya. Walaupun tak rapat sangat kan? Agama lain lain, berlainan bangsa, tak kesah la, janji bersatu hati kan. Aku sayang korang sangat sangat tau tak?! Memang la aku tak tunjukkan melalui perbuatan, tapi deep inside my heart, memang aku sayang korang semua. Every single one!  Tak dapat imagine macam mana tak sama sekolah dengan korang lagi tahun depan. Mesti rinduulaa. Rindu dengan Cikgu Fresilia, rindu suasana dalam kelas masa cikgu-cikgu ajar. Budak lelaki paling nakal! Hsh, tak baik tau! Pahit manis kita harungi bersama kan dalam masa 3 tahun ni. Mana dapat nak cari rakan sekelas yang cool dan awesome macam korang semua lagi. Nanti kalau kita semua ada yang tak sama sekolah lagi, tak sama kelas jangan lupakan aku okay? Janjiii?! Aku takkan lupakan korang semua buah hatiku! Aku tak pindah tahun depan :')  Aaaaa, nangis la masa taip benda ni. Langsung tak cool! *usap air mata* TAK NAK LA!! 

The 3G family! Tapi tak semua ada dalam tu. Awesome tak baju kelas kitorang? Hihi ;D

The girlssss! Sayang semua nya! Cari mana saya :P

And then, there's me. Fyi, bubbles aku memang tak nampak dalam gambar ni. Kecewaa :(

# Sila klik gambar untuk melihat lebih BESAR. Terima kasih :D

Tuesday, May 29, 2012

9 FAKTA APABILA LELAKI MEMASAK



1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk. Dan ini adalah persamaan antara hosmet aku yang dulu dan sekarang. Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas.

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.

4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju. Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.

6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.

8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Dulu aku pernah komen masakan seorang perempuan, lama jugak dia merajuk. Sampai meluahkan perasaan dalam blog wakaka.

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.....

sumber:kopipes..

Saturday, May 26, 2012

Jika aku jatuh cinta ♥



Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu. 


-artikel iluvislam.com- 

Friday, May 25, 2012

Protections :)




  • Surah Fatiha protects one from the anger of Allah.

  • Surah Yaseen protects one from the thirst of the Day of Judgment.

  • Surah Waqi’ah protects one from poverty and starvation.

  • Surah Mulk protects one from the punishment of the grave.

  • Surah Kauthar protects one from the enmity of the enemy.

  • Surah Kafiroon protects one from Kufr at the time of death.

  • Surah Ikhlas protects one from hypocrisy.

  • Surah Falaq protects one from calamities.

  • Surah Naas protects one from evil thoughts.

Mudahan ini dapat membantu anda :)
 
Template by Ekinn Zhareef